Mobile Legends
Skil mekanik? Saya main sampai umur 30 tahun pun boleh lagi

KUALA LUMPUR – Pemain veteran Mobile Legends tanah air, Lu Khai Bean (Sasa) menyifatkan umur bukan faktor utama keupayaan seseorang dalam bermain permainan e-sukan itu.
Sasa yang kini berumur 27 tahun berkata, skil mekanik seseorang pemain itu dalam Mobile Legends adalah bergantung kepada kemahuan individu itu sendiri.
“Ia bergantung kepada individu tersebut.
“Kalau saya, sampai umur 30 tahun pun boleh main lagi,” kata Sasa dengan penuh keyakinan pasca perlawanan Team SMG vs Team Lunatix.
Dalam perlawanan itu, Sasa dan Team SMG menang 2-0.
Team SMG kini berada di ranking kedua liga dengan catatan kemenangan 100% selepas bermain 3 permainan setakat ini.