Mobile Legends
Iris, belajar lagi banyak hero – Rippo

“Iris, belajar lagi banyak hero.”
Itu kata pemain EXP Laner RSG Malaysia, Rippo kepada pihak lawan, Iris, selepas pasukannya menang 2-0 menentang Team Haq seketika tadi.
Jelas Rippo, penggunaan jumlah hero daripada Iris mungkin terlalu terhad.
” Dia cuman (hanya) boleh menggunakan hero Paquito dan Terizla.
“Kedua-dua hero itu memang kuat, tapi kalau hero itu kena ban (dikerluarkan), dia akan guna hero apa lagi selepas itu untuk kuatkan draf pasukan?
“Iris, banyakkan lagi belajar hero. Sebab itu aku barisan utama RSG, kau nombor 2,” tambah Rippo.
RSG kini berada di ranking keempat liga, dengan kutipan tujuh mata setakat ini.
Untuk konteks, Iris sebelum ini mencabar RSG dalam misi membuktikan dia lebih baik daripada Rippo apabila dia sebelum ini menjadi pemain simpanan RSG pada musim lalu.
Iris bagaimana pun berada di ranking kedua Pemain Terbaik (MVP) pada peringkat liga musim ini dengan kutipan 55 mata setakat ini.