Mobile Legends
Team Secret kalah bukan sebab player, tapi coach – Hito

KUALA LUMPUR – Pemain Gold Lane Filipina, Robert Remar Candoy (Hito) menyifatkan kekalahan Team Secret bukan kerana pemain-pemainnya.
Jelasnya, Team Secret kalah kerana jurulatih, John Dizon (Zico).
“Saya tahu kenapa Team Secret kalah.
“Bukan sebab pemain tapi semuanya kerana Zico.
“Zico, tahniah sebab dah kunci slot Top 10 MPL,” kata Hito.
Hito yang kini bermain untuk Team Lunatix menang 2-0 seketika tadi bertemu dengan Team Secret dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL MY S10) 2023.
Menerusi kemenangan itu, Team Lunatix kini keluar dari zon bahaya dan mengutip 3 mata penting dalam liga.
Team Lunatix akan bertemu dengan Team Haq pada Ahad.