Mobile Legends
Cari formula siang ikan Todak sampai 5 pagi

KUALA LUMPUR – Barisan jurulatih Red Esports sanggup bersengkang mata sehingga 5 pagi semalam untuk mencari formula mengalahkan Todak.
“Kemenangan ini saya bersyukur kepada Allah.
“Usaha pasukan kami, saya dan Sora (ketua jurulatih RED)juga tidak tidur sehingga jam 5 pagi untuk mencari perancangan strategi,” kata penganalisis RED Esports, Shamilo.
Jelasnya, dia menghargai peluang yang diberikan oleh pengasas RED Esports, Anne Raihan, yang melantiknya sebagai penganalisis pasukan itu.
Pada semalam, RED Esports berjaya mengalahkan pasukan nombor 1 Malaysia, Todak, dengan mata 2-1.
RED Esports akan bermain lagi hari ini menentang Team Haq.