Connect with us

Mobile Legends

MPL Indonesia: EVOS biarkan Selena, jadi kami ambil sahaja – Coach James

Published

on

RRQ Hoshi ketika meraikan kemenangan mereka sebagai juara MPL Indonesia Musim Kelima - Foto MPL Indonesia

KEPUTUSAN EVOS Legends untuk mengeluarkan Selena pada pusingan akhir Grand Final Liga Profesional Mobile Legends Indonesia (MPL ID) dilihat memberi peluang kemenangan besar kepada RRQ Hoshi.

Jurulatih RRQ Hoshi James Chan berkata peluang untuk menggunakan Selena dalam MPL ID untuk pasukannya adalah satu perkara yang mustahil, memandangkan hero tersebut sering dikeluarkan.

“Kami tidak menjangkakan yang kami mendapat Selena dalam mana-mana permainan.

“Kami lihat EVOS Legends membiarkan sahaja Selena, jadi kami ambil sahaja. 

“Selena merupakan satu hero yang kuat dan kami yakin untuk menggunakannya,”katanya dalam satu temu bual dalam MPL ID selepas dinobatkan sebagai juara MPL ID pada malam tadi.

Pada pusingan akhir Grand Final itu menyaksikan EVOS Legends mengeluarkan Hayabusa, Claude dan Chou. 

Manakala RRQ Hoshi mengeluarkan Ling, Karrie Harith.

Dalam pusingan itu, Vyn memilih Selena sebagai hero pilihan pertama RRQ Hoshi.

Sepanjang MPL Indonesia berlangsung, Selena dikeluarkan sebanyak 113 kali.

Hero tersebut juga pernah dipilih sebanyak 36 kali dan mempunyai peratus kemenangan sebanyak 64%.

Sementara itu, mengulas mengenai pasca kemenangan RRQ Hoshi dalam MPL Indonesia Musim Kelima, James berkata dia akan membenarkan anak-anak buahnya berehat dahulu sebelum melakukan persiapan ke Piala Asia Tenggara (MSC).

“Sudah pastinya akan ada persiapan memandangkan negara-negara lain ada jaguhnya tersendiri. Contohnya di Malaysia dan Singapura ada Geek Fam dan EVOS.

“Selepas kemenangan ini kami akan berehat dan menikmati kemenangan ini dulu,” tambahnya.

RRQ Hoshi menewaskan EVOS Legends 3-2 dalam pertempuran El Clasico di Grand Final MPL ID Musim Kelima.

Pasukan itu mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pertama yang merangkul piala MPL sebanyak dua kali.

Menerusi kemenangan itu juga, RRQ Hoshi membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM272,000 (1 billion rupiah).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved