Connect with us

Mobile Legends

M3 MLBB: Kalau ada SaSa dalam lineup, apa bezanya? – RRQ Acil

Published

on

SINGAPURA – Jurulatih RRQ Hoshi, Adi Syofian Asyauri  (Acil), meluahkan rasa teruja untuk menentang barisan utama Team SMG pada peringkat kumpulan Kejohanan Dunia Mobile Legends 2021 (M3) nanti.

Acil berkata dia ingin mengetahui sama ada kehadiran kapten Team SMG, Lu Khai Bean (SaSa) memberi perbezaan dalam corak permainan juara MPL MY S8 itu.

BACA:RRQ yakin 1000% group stage M3

Jelasnya, ketika RRQ Hoshi menentang Team SMG (dengan ketiadaan Sasa) dalam Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends MPLI 2021 yang lalu, pihaknya juga tidak mengeluarkan barisan utama.

“Sebenarnya situasi di MPLI sama sahaja, kerana kami juga tidak mengeluarkan barisan utama iaitu tanpa Clayyy dan Xinnn.

“Kali ini di M3, RRQ Hoshi dan Team SMG akan mengeluarkan barisan utama. 

“Pastinya, saya teruja untuk melihat jika ada Sasa, apa bezanya,” kata Acil.

Acil berkata demikian dalam satu sidang media M3 secara atas talian di Singapura, pada semalam.

RRQ Hoshi dan Team SMG berada dalam kumpulan D dan akan bersaing pada 9 Disember, jam 2 petang bagi bagi penentuan bracket di peringkat playoff nanti.

Kedua-dua pasukan itu akan bertarung dalam format Best of 1 (BO1).

M3 melibatkan persaingan antara 16 pasukan Mobile Legends terbaik dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2.4 juta (AS$800,000) secara keseluruhan.

Ia akan bermula 6 Disember sehingga 19 Disember nanti di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, Singapura.

Kejohanan itu turut akan disiarkan secara langsung di seluruh platform media sosial Mobile Legends.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved