Mobile Legends
M3: Smooth, Zaim semakin matang sebagai pemain pro

SINGAPURA – Dulu pemain simpanan, kini pemain utama kejohanan dunia. Usaha keras selama beberapa tahun, ada hasilnya.
Pengurus Team SMG, Benny Lai berkongsikan dua pemain underrated, Aeliff Adam Md Ariff (Smooth) dan Muhammad Zaim (Zaim Sempoi) sentiasa menunjukkan progresif untuk menjadi pemain yang baik.
“Sejak beberapa musim lalu, Zaim dan Smooth bukan pemain utama namun kini mereka bermain di peringkat antarabangsa.
“Kedua-dua pasukan ini sudah tiga tahun bersama dan mereka telah menunjukkan satu kematangan untuk menjadi pemain profesional.
“Itu adalah perkara yang penting dalam arena tempatan,” kata Benny dalam satu sidang media M3 pada petang tadi.
Team SMG yang berada dalam kumpulan D akan mula bermain 8 Disember nanti di
Berikut adalah pembahagian peringkat kumpulan:
Kumpulan A – 6 Disember
Blacklist International (Filipina)
Red Canids (Brazil)
MVG (Latam)
Bedel (Turki)
Kumpulan B – 7 Disember
ONIC Esports (Indonesia)
Todak (Malaysia)
ONIC Esports (Filipina)
Keyd Stars (Brazil)
Kumpulan C – 8 Disember
EVOS SG (Singapura)
See You Soon (Kemboja)
NAVI (CIS)
BTK (Amerika Syarikat)
Kumpulan D – 9 Disember
Team SMG (Malaysia)
RRQ Hoshi (Indonesia)
GX Squad (Timur Tengah)
RSG SG (Singapura)
Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat Upper Bracket playoff, manakala dua lagi pasukan akan ke peringkat Lower Bracket.
M3 melibatkan persaingan antara 16 pasukan Mobile Legends terbaik dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2.4 juta (AS$800,000) secara keseluruhan.
Ia akan bermula 6 Disember sehingga 19 Disember nanti di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, Singapura.
Kejohanan itu turut akan disiarkan secara langsung di seluruh platform media sosial Mobile Legends.