Connect with us

Mobile Legends

Raja segala raja manjakan harimau, RRQ Hoshi juara MPL Indonesia Musim Kelima!

Published

on

RAJA SEGALA RAJA menang dalam pertempuran El Clasico dalam Grand Final MPL Musim Kelima. - Foto MPL Indonesia

PASUKAN profesional Mobile Legends Rex Regum Qeon (RRQ) Hoshi muncul sebagai juara Liga Profesional Indonesia (MPL) selepas menang 3-2 dalam satu perlawanan El Clasico menentang EVOS Legends pada Grand final seketika tadi.

Menerusi kemenangan itu, RRQ Hoshi turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pertama yang memenangi piala MPL ID sebanyak dua kali.

RRQ Hoshi sebelum ini bermula dengan sangat baik pada peringkat pusingan penentu dengan rekod tanpa kalah.

Pada Jumaat, RRQ Hoshi membuka tirai pusingan penentu dengan menewaskan juara MPL Musim Ketiga, ONIC Esports ke Kumpulan Bawah selepas menang 2-0.

Menerusi kemenangan itu, RRQ Hoshi mara ke semi final dan bertemu dengan musuh tradisi EVOS Legends untuk satu pertarungan epik.

Meski EVOS Legends memenangi pusingan pertama, RRQ bangkit dan mendominasi pada dua pusingan yang berikutnya.

Kemenangan 2-1 itu memberikan satu slot khas kepada RRQ Hoshi ke Grand Final yang berlangsung tadi.

RRQ Hoshi membawa pulang kira-kira RM272,000 (1 billion rupiah) sebagai habuan sebagai juara MPL Indonesia Musim Kelima.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved