Connect with us

Mobile Legends

Analisis: Landak terciduk dari langit, pertarungan El Clasico hidup semula di Grand Final

Published

on

Foto: MPL Indonesia

SATU lagi pertembungan sengit El Clasico antara raja segala raja RRQ Hoshi dan juara dunia EVOS Legends bakal berlangsung pada petang nanti.

Kali ini gelanggang maya Grand Final Liga Profesional Indonesia (MPL ID) akan menjadi saksi untuk melihat siapa yang lebih hebat dalam  pertempuran dua pasukan gergasi dunia itu.

EVOS Legends yang sebelum ini kecundang ke pusingan Kumpulan Bawah selepas tewas kepada RRQ Hoshi dalam semi final semalam, mara ke Grand Final selepas menewaskan ONIC Esports 2-0 seketika tadi.

EVOS Legends yang tidak perlu berusaha keras dalam perlawanan menentang juara MPL Musim Ketiga itu mengambil masa kurang dari 13 minit bagi kedua-dua pusingan untuk menunjukkan jalan keluar bagi Sang Landak Kuning itu.

Pusingan 1 EVOS Legends vs ONIC Esports – Landak hilang duri

ONIC Esports membuka pusingan itu dengan keadaan yang tidak baik terutama apabila pertembungan 1 lawan 1 antara Antimage dan REKT di bahagian laluan bawah.

Antimage terkena pancingan REKT dalam satu pertempuran sia-sia sehingga menjadi first blood pada saat ke-43.

EVOS Legends ketika ini menggunakan corak permainan yang agresif, memberi asakan tetapi tidak melancarkan serangan yang boleh mencetuskan perang.

ONIC Esports kemudiannya lebih memberikan fokus kepada objectif permainan dan cuba mendapatkan turtle yang pertama menerusi pemainnya, Sasa.

Malangnya, Luminaire yang menggunakan hero support Rafaela menunggu masa yang tepat untuk melancarkan flameshot untuk mendapatkan turtle itu.

Sasaran Luminair mengena, apabila hit terakhir kematian turtle itu adalah dari flameshot yang dikeluarkannya tadi.

Selang seminit kemudian REKT bertukar laluan, kali ini dia ke atas untuk mendapatkan menara pertama EVOS Legends.

Pada minit ke-6, EVOS Legends sekali lagi melakukan asakan yang memaksa ONIC Esports mundur ke belakang.

Berdasarkan tindakan ONIC Esports itu, EVOS Legends menggunakan kesempatan yang ada untuk mendapatkan buff pihak lawan.

EVOS Legends ketika ini mengutip 8 mata bunuh, sementara ONIC Esports hanya kosong.

ONIC Esports kemudiannya mengatur langkah dengan lebih berhati-hati menunggu EVOS Legends membuat kesilapan sedang mereka asyik dibuai keyakinan tinggi itu.

Wann yang menggunakan Karrie akhirnya kecundang apabila sedikit gopoh mengejar mata bunuh.

Selang beberapa saat, Luminaire dan Rexxy juga mati memandangkan posisi mereka terlalu dekat dengan Wann.

EVOS Legends kembali mendapat rentak dan mereka berkeyakinan untuk mendapatkan lord.

Menyedari tindakan EVOS Legends, Rasy mencuba nasih untuk mencuri hit terakhir serangan lord.

Malangnya, dia tidak berjaya apabila dibunuh empat pemain EVOS Legends ketika itu.

Seolah-olah kemenangan mudah buat EVOS Legends apabila mereka menamatkan pusingan itu dengan 12 minit 29 saat.

Pusingan 2 EVOS Legends vs ONIC Esports – Dejavu Sang Landak

Pusingan kedua ini menyaksikan Sasa, REKT, Wann dan Bajan menggunakan hero yang sama iaitu:

  • Sasa : Carmilla
  • REKT : Chou
  • Wann: Karrie
  • Bajan: Jawhead

EVOS Legends dilihat masih menggunakan corak permainan yang sama dan boleh dibaca, namun ia ONIC Esports seperti tidak boleh melakukan apa-apa.

Walaupun baru 4 minit perlawanan berlangsung, mereka sudah ketinggalan mata bunuh dengan 1 menara telah ditumbangkan.

Pada minit ke 6, EVOS Legends ketika ini sudah menjatuhkan 3 menara manakala ONIC Esports masih lagi kosong.

Kali ini Wann bermain lebih baik dan berkesan.

Dia dan Rexxy merancang untuk mendapatkan menara keempat dan memilih laluan atas.

Kedudukan mereka yang bersembunyi dalam semak tidak dihidu Rasy yang ketika itu berjalan tanpa rasa waspada.

Malang tidak berbau buatnya apabila dia ‘dimakan’ Wann dan Raxxy yang kedua-duanya menggunakan hero Karrie dan Selena.

Rasy cuba berpayung di bawah menara, namun gagal.

Jurang mata bunuh semakin besar, ketika ini markahnya adalah 3-11 dengan EVOS Legends mendahului.

Pada minit ke 9 dan 53 saat, EVOS Legends mendapatkan menara ketujuh dan Wann bermain sebagai damage dealer yang baik. KDA dia ketika ini 7/0/0.

Ketika ini ONIC Esports terus dalam kebuntuan apabila mereka tidak dapat mara dan hanya dapat bertahan. Peranan Udil yang menggunakan Natalia juga seperti tidak boleh melakukan apa-apa.

Perbezaan mata emas juga meningkat kepada 12,000.

Dejavu untuk Sang Landak, namun riwayat hidupnya ditarik lagi cepat kali ini apabila EVOS Legends meranapkan kubu terakhir ONIC Esports dalam masa 12 minit dan 5 saat.

EVOS Legends bakal berlawan dengan RRQ Hoshi dalam Best of 5 pada jam 7 malam nanti. Perlawanan itu disiarkan secara langsung di Facebook MPL Indonesia dan YouTube Mobile Legends.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved