Connect with us

Mobile Legends

MPL Indonesia: Vyn RRQ dipilih sebagai MVP Final

Published

on

Foto: Instagram / RRQ Vyn

PEMAIN profesional Rex Regum Qeon (RRQ) Hoshi, Calvin (Vyn) dipilih sebagai Pemain Terbaik (MVP) Grand Final Liga Profesional Mobile Legends Indonesia (MPL ID).

Dalam satu kenyataan, pihak liga mengumumkan Vyn dilihat sebagai pemain penting yang memberi impak kepada rentak permainan RRQ Hoshi sehingga mencapai kemenangan 3-2 ke atas EVOS Legends.

“Vyn dilihat memberikan peranan besar dalam kemenangan RRQ Hoshi. Corak permainan dia bersama RRQ Hoshi memberi tekanan kepada pihak lawan.

“Disebabkan itu Vyn layak menjadi pemain Terbaik Grand Final MPL ID,” kata pihak liga semalam.

Pada Grand Final MPL ID, Vyn mengumpul 17 mata bunuh dengan 58 mata sokangan.

Vynn turut membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM7,000 (28,000,000 rupiah) dengan kemenangan anugerah MVP itu.

Vynn dan RRQ Hoshi juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pertama yang memenangi piala MPL ID sebanyak dua kali.

RRQ Hoshi membawa pulang kira-kira RM272,000 (1 billion rupiah) sebagai habuan sebagai juara MPL Indonesia Musim Kelima.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved