Connect with us

Mobile Legends

Lagu tema baru Mobile Legends, pertandingan All Star bintang media sosial dalam 515Eparty

Published

on

Moonton melancarkan acara 515 eParty pada hari ini.

KUALA LUMPUR – Lagu tema baharu Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) bakal diperdengarkan dalam pelancaran acara 515EParty.

Moonton berkata lagu tema itu bakal memberi nafas segar kepada pemain apabila membuka aplikasi permainan itu di telefon pintar.

Selain pengenalan lagu tema baharu itu, Moonton berkata pihaknya akan mengadakan beberapa aktiviti seperti cabaran bergambar, peraduan seni lukis, peraduan mengubahsuai lagu secara kreatif dan juga cabaran “Finger Dance” menerusi acara 515 EParty.

Pengurus Pemasaran Shanghai Moonton Technology Snow Leng berkata tujuan 515 Eparty itu diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara komuniti Mobile Legends.

“Ia merupakan satu perkara yang membanggakan apabila permainan terunggul kami, Mobile Legends dapat menyediakan satu platform yang mudah diakses serta dapat mengeratkan hubangan antara satu sama lain. 

“Sehubungan dengan itu, kami berharap permainan kami mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan umur mereka”, kata Snow.

Bagi cabaran bergambar sempena 515 EParty, ia dibuka kepada orang ramai dan peserta berpeluang untuk memenangi skin edisi terhad! 

Menerusi slogan “Game On, Party On” 515 EParty ini juga bakal diraikan bersama para bintang media sosial dari Malaysia dan Singapura dengan bermain dan beraksi bersama komuniti Mobile Legends. 

Moonton juga akan menampilkan satu pertandingan “All-Star” untuk mengetahui siapakah pasukan bintang media sosial yang terbaik.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved