Connect with us

Mobile Legends

“Seronok akhirnya dapat tengok Soloz, rupanya Soloz orang Melayu,” – Reezal

Published

on

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meluahkan rasa teruja apabila akhirnya dapat bertemu penghibur penstriman langsung Facebook Gaming nombor 1 Malaysia, Mohd Faris Zakaria (Soloz).

Reezal berkata Soloz dilihat sebagai ikon yang memberi inspirasi kepada komuniti dan industri e-sukan.

“Saya seronok akhirnya dapat lihat wajah Soloz, rupanya Soloz orang Melayu. Saya seronok sebab nama Soloz ni nama besar dalam industri e-sukan dan juga seorang ikon dalam e-sukan.

“Bila saya sebut nama Soloz ini, dengarnya orang yang terkenal. Pernah memenangi pingat (Sukan SEA 2019) dan paling seronok pernah membeli kereta Mustang,” kata Reezal dalam satu temu bual secara talian bersama Soloz pada Isnin lalu.

Temu bual itu dilakukan dalam satu penstriman langsung Grand Final Kejohanan MyEsports MyStay@HomeChallenge Mobile Legends yang dianjurkan Persatuan E-Sukan Malaysia (ESM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan pada Isnin lalu.

Kejohanan itu menyaksikan Publik Teragung dari Pulau Pinang muncul sebagai juara.

Jelas Reezal, beliau sebagai menteri mahu memainkan peranannya untuk melahirkan lebih ramai atlet-atlet e-sukan tanah air seperti Soloz.

Berikut adalah antara sedutan temu bual Reezal dan Soloz dalam penstriman langsung Grand Final Kejohanan MyEsports MyStay@HomeChallenge Mobile Legends:

Reezal: Saya seronok akhirnya dapat lihat wajah Soloz, rupanya Soloz Orang Melayu.

Soloz: Saya dua kali seronok tengok Datuk Seri. Saya memang orang Malaysia, memang orang Melayu.

Reezal: Macam mana boleh datang nama Soloz ni?

Soloz: Nama betul saya Mohd Faris Zakaria. Nama Soloz ni sebab dulu saya suka main game solo. Dalam game mempunyai syarat jika mahu mencipta ign kena ada lebih 4 huruf, sebab itu saya tambah huruf Z di belakang.

Reezal: Saya seronok sebab nama Soloz ni nama besar dalam industri e-sukan malaysia ni. You’re the icon in esports.

Soloz: *gelak malu-malu.

Reezal: Jadi sebab itu bila sebut nama Soloz, saya dengar popular, pernah memenangi pingat dan paling seronok beli kereta Mustang.

Soloz : Ada, hari tu.

Reezal: Tahniah, you’re inspiring icon in esports. Sebab itu saya sebagai menteri, bukan sahaja bangga. Kadang-kadang saya terfikir bagaimana kita mahu melahirkan bukan seorang Soloz, tapi 10,20,30 Soloz di Malaysia?

Soloz: Pertama, perlu ada disiplin dan usaha. Contohnya, apabila saya menyertai kejohanan dahulu. Tapi apabila saya berehat sekejap dari kejohanan kompetitif, saya lebih memberikan tumpuan kepada penstriman langsung. Dalam stream, saya perlu menghiburkan orang. Kalau menyertai kejohanan, kita kena berlatih hari-hari. E-sukan seperti sukan lain, perlu mmberi komitmen penuh.

Perbualan Reezal dan Soloz itu berdurasi kira-kira 10 minit. 

Dalam temu bual itu juga, Reezal mengucapkan terima kasih kepada ESM kerana menganjurkan MyStay@HomeChallenge bagi membantu anak-anak muda mengisi masa lapang menerusi e-sukan, semasa Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

Menurut Reezal, kejohanan itu mendapat sambutan ramai dan menerima 16,000 pendaftaran dalam masa dua hari.

Reezal juga berkata pihaknya mungkin akan mengadakan MyStay@HomeChallenge edisi kedua dan akan memastikan industri e-sukan Malaysia mempunyai struktur dan rancangan strategik.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved