Connect with us

Mobile Legends

Malaysia perlu kembali menjadi The Big 3 MLBB – Daddyhood

Published

on

Foto: MOONTON GAMES

KUALA LUMPUR – Tidak boleh lagi menjadi sandwish antara Indonesia dan Filipina, Malaysia perlu kembali menjadi The Big Three dalam arena kompetitif Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Pengasas Homebois Worldwide, Nureddy Nursal, pihaknya sudah bersedia sejak lapan bulan lalu untuk memperkuatkan diri dalam memberi saingan di peringkat antarabangsa.

“Selepas pulang dari menyertai Kejuaraan Dunia MLBB Ke-Empat (M4) di Indonesia Januari lalu, memang kami terus melakukan persiapan.

“Malaysia perlu kembali menjadi sebahagian daripada The Big Three,” jelas Daddyhood dalam satu acara Homebois Day Out pada Jumaat.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan media:”Bagaimana Homebois mahu memastikan Malaysia bukan sekadar pasukan pelengkap jadual di kejuaraan dunia, sekiranya Homebois terpillih ke M5?”

The Big Three adalah gelaran kepada tiga kuasa besar Mobile Legends sebelum ini, iaitu Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Walau bagaimanapun, dunia kini memberi tumpuan lebih Indonesia dan Filipina berikutan pertumbuhan ekosistem kompetitif yang lebih sengit di peringkat tempatan sehingga mampu memberi prestasi konsisten di peringkat antarabangsa.

Liga MLBB Indonesia dan Filipina juga terpilih untuk dinaiktaraf  sebagai liga francais berbanding Malaysia yang masih menggunakan format liga yang sama sejak ia diperkenalkan pada lewat tahun 2017.

Untuk rekod, Malaysia belum pernah lagi memenangi apa-apa kejuaraan dunia Moonton Games berbanding kedua-dua negara itu.

Setakat ini, Filipina memegang rekod paling banyak dari segi kutipan piala dunia (M2, M3 dan M4) diikuti Indonesia (M1).

Malaysia juga tidak pernah memenangi sebarang edisi Piala Asia Tenggara (MSC) sejak ia dipertandingkan pada tahun 2017.

Antara pencapaian tertinggi Malaysia di peringkat antarabangsa adalah memenangi pingat perak di Sukan SEA Phnom Penh 2023 dan juara kejohanan Kohai 2023.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved