Connect with us

Mobile Legends

ZaimSempoi bakal sertai Todak?

Published

on

FOTO: WTM Today / Mariah Ahmad

KUALA LUMPUR – Status pemain Midlaner tanah air, ZaimSempoi, menjadi tanda tanya selepas namanya tidak tersenarai dalam pasukan Team Secret.

Pada pusingan kelayakan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia yang diadakan bulan lalu, nama ZaimSempoi dilihat disenaraikan dalam barisan utama Team Secret apabila bertemu dengan MV Originz dan Papi Esports.

Pengguna nama ZaimSempoi itu turut menggunakan hero midlane seperti Valentina dan Yve.

Walau bagaimanpun, ZaimSempoi tidak membuat kemunculan bersama Team Secret pada semalam dan menghadiri kejohanan liga sebagai penonton bersama beberapa staf Todak iaitu Malik dan Manity.

ZaimSempoi merupakan pemain yang sangat berpengalaman dalam MPL.

Dia mula menyertai liga e-sukan terbesar Malaysia itu sejak Musim Ke-4, iaitu pada tahun 2019.

ZaimSempoi debut sebagai pemain XPAX X-ASSINS sebelum setia bersama Team SMG bermula MPL Musim Ke-5 pada tahun 2020.

Antara pencapaian tertinggi ZaimSempoi adalah apabila menjuarai MPL Musim Ke-8 dan mewakili Malaysia ke Kejuaraan Dunia Mobile Legends yang Ke-3 (M3) 2023.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved