Connect with us

Mobile Legends

Chemistry Team Secret solid, tapi kami belum sekepala lagi – Neo

Published

on

Foto: MOONTON GAMES

KUALA LUMPUR – Pemain EXP Laner Team Secret, Neo, mengakui yang pasukannya perlu terus melakukan latihan lagi bagi mengukuhkan mutu persembahan pasukan itu secara keseluruhan.

“Bagi saya, barisan pemain ketika ini belum solid (kukuh)lagi.

“Perlukan lebih latihan lagi.

“Dari segi chemistry (keserasian, nak kata solid (kukuh) boleh tapi belum sekepala lagi,” tambah Neo.

Dia berkata demikian ketika ditanya media mengenai situasi keserasian Team Secret dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL) ketika ini memandangkan beberapa pemain bertukar peranan dalam permainan selepas ketiadaan ZaimSempoi.

Sebelum ini, ZaimSempoi bermain untuk pasukan itu pada peringkat kelayakan MPL MY.

Status ZaimSempoi bagaimanapun belum diumumkan secara rasmi namun ura-ura ketika ini berbunyi menyatakan yang dia akan menyertai Todak.

Sementara itu, Team Secret tewas kepada Team Haq dalam perlawanan pertama mereka di peringkat liga pada semalam menentang Team Haq.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved