Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Bapak Ah Esports, Team Secret MY, Yoodo Gank, NED Brotherhood sertai SEA Country Showmatch

Published

on

Berikan sokongan anda kepada pasukan-pasukan PUBG Mobile anda di Facebook PUBG Mobile Thailand esok jam 3 petang waktu Malaysia.

KUALA LUMPUR – Empat pasukan tanah air yang mendominasi ranking terkini Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) bakal menyertai Perlawanan Pertunjukan PMPL Asia Tenggara pada esok.

Pasukan-pasukan tersebut adalah BAPAK AH Esports, Team Secret MY, Yoodo Gank dan NED Brotherhood.

Perlawanan pertunjukan itu melibatkan persaingan empat pasukan teratas dari empat negara iaitu Thailand, Indonesia, Vietnam dan Malaysia.

RANKING TERKINI PMPL MALAYSIA DAN SINGAPURA

Ia akan berlangsung pada jam 2 petang waktu tempatan (Thailand) atau atau jam 3 petang waktu Malaysia.

Berikut adalah senarai penuh pasukan yang akan menyertai Perlawanan Pertunjukan PMPL Asia Tenggara: 

Malaysia

  • Bapak Ah Esports
  • Team Secret MY
  • Yoodo Gank
  • NED Brotherhood

Thailand

  • RRQ Athens
  • FaZe Clan 
  • Illuminate the Murder
  • Made in Thailand 

Indonesia

  • Bigetron Red Alien
  • MORPH Team
  • Rex Regum Qeon Ryu
  • ALTER EGO ESPORTS

Vietnam

  • Why So Serious
  • Matrix United
  • Box Gaming 
  • ffq

Berikan sokongan anda kepada pasukan-pasukan pilihan anda di Facebook PUBG Mobile Thailand. 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved