Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Apa yang akan berlaku dalam SEA Country Showmatch nanti? Ini ramalan J Hunter

Published

on

J HUNTER: Ada beberapa pemain mengatakan Thailand mempunyai meta (strategi) untuk menyekat musuh dari memasuki bulatan. Malaysia mempunyai cara masuk bulatan yang agresif. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – 12 pasukan PUBG Mobile terbaik dari empat negara akan bertanding dalam satu Perlawanan Pertunjukan PMPL Asia Tenggara pada jam 3 petang nanti.

Perlawanan itu melibatkan pasukan-pasukan dari Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Pengulas e-sukan popular tanah air, Azrul Anwar (J Hunter) berkata skuad-skuad negara Gajah Putih itu mempunyai peluang besar untuk memenangi perlawanan itu.

“Perlawanan ini dilihat sebagai satu pratonton Grand Final PMPL Asia Tenggara.

“Ada beberapa pemain mengatakan Thailand mempunyai meta (strategi) untuk menyekat musuh dari memasuki bulatan. Malaysia mempunyai cara masuk bulatan yang agresif.

“Di Indonesia, Bigetron Red Aliens masih lagi yang paling kuat. Sementara itu di Vietnam, meta mereka agak bercampur,” kata J Hunter kepada What’s The Meta Today.

Jelas J Hunter, dari segi penilaian kasarnya, Thailand mempunyai peluang besar untuk memenangi perlawanan hari ini.

Dia juga berkata tidak mustahil bagi skuad-skuad Harimau Malaya untuk membuat pertukaran strategi 180 darjah.

“Pasukan Malaysia hanya perlu lakukan yang terbaik untuk perlawanan ini terutama BAPAK AH Esports yang mempunyai strategi yang seimbang.

“Team Secret mungkin perlu banyak menyesuaikan diri kerana zon mendarat mereka berkongsi dengan RRQ Athena (Thailand).

“Yoodo Gank agak selamat kerana zon pendaratannya berbeza walaupun dibandingkan dengan pasukan antarabangsa yang lain, manakala NED Brotherhood pun perlu melakukan banyak kajian kerana pasukan kitu mempunyai formula untuk menyelinap masuk pasukan Malaysia, namun untuk belum lagi untuk pasukan luar negara” tambahnya.

Berikut adalah senarai penuh pasukan yang akan menyertai Perlawanan Pertunjukan PMPL Asia Tenggara: 

Malaysia

  • Bapak Ah Esports
  • Team Secret MY
  • Yoodo Gank
  • NED Brotherhood

Thailand

  • RRQ Athens
  • FaZe Clan 
  • Illuminate the Murder
  • Made in Thailand 

Indonesia

  • Bigetron Red Alien
  • MORPH Team
  • Rex Regum Qeon Ryu
  • ALTER EGO ESPORTS

Vietnam

  • Why So Serious
  • Matrix United
  • Box Gaming 
  • ffq

Saksikan secara langsung di Facebook PUBG Mobile seketika nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved