Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Yoodo Gank menang SEA Country Showmatch

Published

on

Foto : Facebook / PUBG Mobile

PASUKAN PUBG Mobile tanah air, Yoodo Gank menjuarai Perlawanan Pertunjukan PMPL Asia Tenggara seketika tadi.

Perlawanan yang melibatkan 12 pasukan dari empat buah negara menyaksikan dua pemain Yoodo Gank yang hanya hidup ketika itu Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo) berjaya menguasai bulatan terakhir Erangel.

Pada pusingan itu, Yoodo Gank berjaya mendapat 6 mata bunuh.

Selain Fredo dan Jumper, Yoodo Gank terdiri daripada Aiman Mohd (Man Parang) dan Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx).

Sementara itu, pemain pasukan Thailand RRQ Athena, Beer11 dipilih sebagai pemain Terbaik dengan catatan 7 mata bunuh dan 750 mata musnah dalam pusingan itu.

Pada bulatan terakhir Erangel itu menyaksikan 5 pasukan lagi masih lagi bertahan iaitu 2 pasukan Thailand (Made in Thailand  – MiTH & RRQ Athena), 2 pasukan Malaysia (Yoodo Gank & NED Brotherhood) dan satu pasukan Indonesia iaitu Bigetron RA.

Selain RRQ Athena yang berbaki satu lagi pemain, kesemua pasukan yang tinggal itu mempunyai dua pemain yang masih hidup.

Pada minit ke 26 dan 18 saat, pusingan itu memperlihatkan Bigetron RA dan NED Brotherhood sedang cuba untuk menyingkirkan satu sama sendiri dalam sebuah rumah.

Selang beberapa minit, Luxxy dari Bigetron RA berjaya menjatuh Chinpuy dari NED Brotherhood. Namun pada saat akhir kematian Chinpuy telah ditembak Jumper dari jauh dan menghantarnya ke lobi.

Luxxy98 dari NED Brothehood kemudiannya berjaya menembak Zuxxy Bigetron tapi mata bunuh tersebut dirampas pemain MiTH, PONDz.

Tembakan demi tembakan berlaku selepas itu dan peluru dari M416 Fredo mengena Luxxy98. Rakan sepasukannya Jumper juga turut berjaya mendapatkan mata bunuh yang seterusnya selepas berjaya membunuh Luxxy.

Di luar bulatan ketujuh Erangel, Beer11 masih cuba mahu mendapatkan lagi mata bunuh dengan mengitip dua pemain MiTH dari jauh.

Dia berjaya mendapatkan Stoned, namun tidak sampai satu saat di pulang ke lobi selepas sempat dibunuh PONDz.

Kemenangan berpihak kepada Yoodo Gank selepas kesemua pasukan yang ada itu kehilangan kesemua pemain mereka.

TONTON VIDEO WINNER WINNER CHICKEN DINNER YOODO GANK

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved