Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: BTR Alice buat kemunculan sulung, menang Chicken Dinner

Published

on

Alice yang memegang posisi penembak hendap menggantikan MiCROBOY. - Foto Instagram / Bigetron Esports

PEMAIN simpanan bagi pasukan Bigetron Red Aliens (Bigetron RA), Maureen Gabriella (Alice) membuat kemunculan pertama dalam Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) pada semalam.

Alice yang memegang posisi penembak hendap menggantikan Nizar Lugatio (MiCROBOY) pada hari keempat, minggu ketiga, PMPL Indonesia.

Dalam kemunculan sulung PMPL itu juga, Alice dan Bigetron RA berjaya mendapat Chicken Dinner pada pusingan kedua yang berlangsung di Vikendi.

Bigetron RA turut berjaya mengutip 14 mata bunuh pada pusingan itu.

Juara PMCO Musim Luruh 2019 itu masih mengekalkan barisan utama pemain mereka, iaitu Made Bagas Pramudita (Zuxxy), Made Bagus Prabaswara (Luxxy) Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (MiCROBOY).

Pada semalam, mereka turut memenangi satu lagi Chicken Dinner pada pusingan keempat di Sanhok.

Setakat ini, Bigetron RA berjaya mengutip 12 Chicken Dinner dalam PMPL.

PMPL Indonesia masih lagi berlangsung tapi secara atas talian dan boleh ditonton terus di Facebook PUBG Mobile Indonesia.

Sebanyak 24 pasukan yang menyertai liga ini yang akan berlangsung selama 4 minggu.

Pada minggu lalu, Bigetron RA mengungguli minggu pertama PMPL Indonesia dengan 404 mata dan membawa pulang RM17,000 sebagai pasukan terbaik minggu itu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved