PUBG Mobile
PMPL ID: Red Aliens terus dominasi, kutip 405 mata, bawa pulang RM17,000

PASUKAN Profesional PUBG Mobile Indonesia, Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) terus beraksi dengan cemerlang dalam Liga Profesional Indonesia (PMPL ID) dengan mengutip 405 mata pada minggu kedua liga itu.
Menerusi prestasi yang memberangsangkan itu, Bigetron RA kekal berada di ranking yang pertama dan membawa pulang kira-kira RM17,000 (AS$4,000).
Sementara itu, pasukan Aura Esports yang berada di tempat kedua dengan 299 mata, membawa pulang kira-kira RM12,000 (AS$3,000).
Manakala bagi pasukan Boom Esports yang berada di tempat ketiga dengan 293 mata membawa pulang RM9,600 (AS$2,250).
Secara keseluruhan, Bigetron RA mengutip 12 Chicken Dinner dengan 809 mata setakat ini.
Pada minggu ini, pemain simpanan Bigetron RA Maureen Gabriella (Alice) turut membuat kemunculan pertamanya dan sempat menyumbang satu Chicken Dinner pada minggu ini.
Juara PMCO Musim Luruh 2019 itu masih mengekalkan barisan utama pemain mereka, iaitu Made Bagas Pramudita (Zuxxy), Made Bagus Prabaswara (Luxxy) Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (MiCROBOY).
Pada minggu lalu, Bigetron RA turut berjaya berada di ranking pertama PMPL ID.