Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Fredo tak ‘blur’, banyak idea – Jumper

Published

on

Jumper (kanan) pernah bermain bersama Fredo dalam Kejohanan Penang Esports Festival pada tahun lalu. - Foto What's The Meta

KUALA LUMPUR – Perwatakan dan kekuatan skil individu.

Itu antara sebab mengapa Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) mengajak rakan sepasukannya, Ahmad Fuad Razali (Fredo) untuk menyertai pasukan PUBG Mobile Yoodo Gank.

Jumper berkata Fredo juga merupakan seorang pemain yang cepat menyesuaikan diri dalam permainan.

“Pada mulanya, kapten Yoodo Gank Man Parang mahu saya mencari pemain.

“Saya cakap, saya nak Fredo sebab pernah bermain kejohanan-kejohanan kecil bersamanya.

“Fredo mempunyai skil individu yang kukuh dan dia tak blur (cepat tangkap). Dia mempunyai banyak idea apabila dalam permainan,” kata Jumper dalam satu video temu bual PUBG Mobile sempena Liga Profesional Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Setakat 15 Mac, Yoodo Gank kini berada di tangga ketiga dalam ranking keseluruhan PMPL MY/SG dengan 646 mata.

Yoodo Gank juga berjaya mengutip 8 Chicken Dinner dalam tempoh dua minggu PMPL berlangsung.

BACA: “Kami jatuh pun anda tetap memberi sokongan, terima kasih” – Man Parang

Sementara itu bagi Man Parang yang juga bertindak sebagai kapten pasukan berkata walaupun pada mulanya dia musykil dengan cadangan Jumper, dia tidak menafikan Fredo mempunyai corak permainan yang tersendiri.

“Saya tidak yakin apabila Jumper kata dia mahu Fredo. Namun selepas melalui ujian kelayakan, baru nampak Fredo mempunyai skil dan memang boleh menghadapi tekanan dalam permainan.

“Walaupun Fredo tidak mempunyai pengalaman di PMCO (kejohanan antarabangsa PUBG Mobile) tetapi dia mempunyai banyak perkara yang boleh dipelajari.

“Fredo mempunyai skil dan corak permainan tersendiri. Saya yakin dia boleh beraksi dengan baik dalam PMPL,” kata Man Parang dalam video temu bual yang sama.

BACA: Yoodo Gank menang SEA Country Showmatch

Selain itu, Man Parang juga berkata Fredo mempunyai personaliti kelakar yang mampu menceriakan keadaan jika pasukannya dalam keadaan tertekan.

“Kalau kami terlalu stres, dia akan santaikan (menceriakan) balik keadaan,” katanya.

Baru-baru ini, Yoodo Gank bersama tiga lagi pasukan teratas PMPL MY/SG, BAPAK AH Esports, Team Secret MY dan NED Brotherhood beraksi dalam satu Perlawanan Pertunjukan PMPL Asia Tenggara.

Menerusi perlawanan yang melibatkan empat negara rantau ini, Yoodo Gank muncul sebagai juara.

TONTON VIDEO WINNER WINNER CHICKEN DINNER YOODO GANK DALAM SEA COUNTRY SHOWMATCH

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved