Connect with us

PUBG Mobile

PMPL Recap: uHigh berlatih 2,000 peluru sehari, dipilih sebagai MVP Minggu Pertama

Published

on

Pada minggu pertama PMPL MY/SG, uHigh dipilih sebagai Pemain Terbaik (MVP) dengan markah perncapaian keseluruhan sebanyak 87.7 mata. - Foto Facebook /

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan Team Secret, Muhammad Dhiya Ulhaq (uHigh) berlatih sekurang-kurangnya 2,000 peluru sehari di mod latihan permainan itu.

uHigh berkata menerusi latihan itu dan pengalaman bermain banyak perlawanan dalam PUBG Mobile melahirkan keyakinan untuk mendapatkan mata bunuh yang lebih banyak.

“Saya banyak berlatih dalam PUBG Mobile dan apabila dalam mod latihan, saya menggunakan 2000 peluru,” kata uHigh dalam satu temu bual dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Pada minggu pertama PMPL MY/SG, uHigh dipilih sebagai Pemain Terbaik (MVP) dengan markah perncapaian keseluruhan sebanyak 87.7 mata.

Pada minggu itu juga, uHigh berjaya mengutip 64 mata bunuh.

Jelas uHigh lagi, dia berjaya mendapat mata bunuh itu juga adalah kerana kerjasama rakan-rakan sepasukannya iaitu Jiunn Jike Kow (BiuBiu), Aekachai Areesanan (Madtoi) dan Raymon Tan (iSH0TZ).

“Mereka akan meletakkan posisi saya di hadapan dan menyokong dari belakang. Kemudian saya akan (pergi ke depan) dengan seorang diri,” katanya ringkas.

Setakat 15 Mac, uHigh dan Team Secret berada di ranking kedua PMPL MY/SG dengan jumlah markah terkumpul sebanyak 686 mata.

PMPL MY/SG ketika ini ditangguhkan bagi mematuhi arahan kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan berikutan situasi semasa wabak COVID-19.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved