Connect with us

PUBG Mobile

uHigh matang, 75% gaji pertamanya simpan untuk keluarga – OnTheGo

Published

on

Menurut pengurus Team Secret MY, OnTheGo, uHigh dilihat sebagai seorang rakan sepasukan yang mantap untuk ahli-ahli yang lain iaitu Jiunn Jike Kow (BiuBiu), Aekachai Areesanan (Madtoi) dan Raymon Tan (iSH0TZ). - Foto Facebook On The Go

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan Team Secret, Muhammad Dhiya Ulhaq (uHigh) mempunyai perwatakan yang matang bagi seorang remaja berusia 16 tahun, kata pengurusnya Parthiban Petchayappen (OnTheGo).

OnTheGo berkata sebelum uHigh mendapat gaji pertamanya sebagai pemain profesional PUBG Mobile, dia akan menyimpan lebih 75 peratus wang itu untuk keluarganya.

“Dia hanya beli satu seluar jeans (dari gajinya.)

“Ibu bapa uHigh membesarkannya dengan baik. Dia pun tidak lupa menunaikan perkara wajib seperti solat.

“Setiap pagi, jamnya akan bunyi selama 30 minit untuk dia bangun solat Subuh. Sejadahnya pun kecil dan comel seperti dia,” kata OnTheGo dalam satu kenyataan hari ini.

OnTheGo memuat naik kenyataan itu sempena ulang tahun kelahiran uHigh ke-16 pada hari ini.

Selain itu, OnTheGo juga berkata uHigh merupakan pemain yang pandai menjaga diri dan mendengar cakap.

OnTheGo juga berkata uHigh mempunyai personaliti yang ceria dan sentiasa menjadikan suasana Team Secret MY dalam keadaan yang positif.

“Disebabkan uHigh juga kami minum Milo. Kami jarang minum Milo, terikut-ikut kerana terpengaruh dengan uHigh.”

Jelas OnTheGo lagi, uHigh dilihat sebagai seorang rakan sepasukan yang mantap untuk ahli-ahli yang lain iaitu Jiunn Jike Kow (BiuBiu), Aekachai Areesanan (Madtoi) dan Raymon Tan (iSH0TZ).

uHigh bersama rakan-rakan sepasukannya – Foto Team Secret

“Saya berharap satu hari nanti dapat berpeluang untuk bercakap “Uhigh dapat satu, Uhigh dapat dua, CANTIK macam bunga!”.

“Selamat Hari Lahir Dhiya (uHigh). Kadang kala saya terlupa dia berusia 16 tahun kerana dia sangat matang dan banyak perkara yang saya belajar darinya.”

uHigh dan Team Secret kini sedang bersaing dalam Liga Profesional Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG)

Setakat 15 Mac, mereka berada di ranking kedua PMPL MY/SG dengan jumlah markah terkumpul sebanyak 686 mata.

PMPL MY/SG ketika ini ditangguhkan bagi mematuhi arahan kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan berikutan situasi semasa wabak COVID-19.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved