Connect with us

PUBG Mobile

RedeagleX Gaming mohon maaf, akui terlalu seronok layan imaginasi

Published

on

Muhammad Nurirfan atau senang dikenali sebagai RedeagleX Gaming berkata dia mengesali dengan perkataan yang dituturkan dan tidak berniat untuk memerli pihak tentera. - Foto Facebook / RedeagleX Gaming

KUALA LUMPUR – Penghibur penstriman langsung Muhammad Nurirfan Mohamad memohon maaf berikutan satu tindakan gurauannya yang dilihat melampaui batas pada semalam.

Muhammad Nurirfan atau senang dikenali sebagai RedeagleX Gaming berkata dia mengesali dengan perkataan yang dituturkan dan tidak berniat untuk memerli pihak tentera.

“Saya tidak berniat untuk memerli dan mengejek mana-mana pihak terutama tentera.

“Saya mengakui kesilapan tersebut hanya kerana saya begitu seronok melayan imaginasi ketika melakukan penstriman langsung, sambil bermesra dengan penonton yang ada.

“Sebenarnya, saya tidak ada menyimpan perasaan marah atau tidak puas hati kepada pihak tentera di luar sana,” kata RedeagleX Gaming.

Dia berkata demikian dalam satu video permohonan maaf yang diterbitkan pada tengah hari Rabu.

Menurutnya, dia menyayangi pihak tentera yang telah banyak berbakti kepada negara dan menyedari lawak yang dikongsikannya memang keterlaluan.

“Saya sedar lawak saya memang keterlaluan bagi mereka yang tak pernah tengok penstriman langsung saya.

“Saya memohon maaf bagi mereka tak senang tengok. Saya harap tiada dendam yang disimpan.

“Saya juga telah memadamkan video itu untuk menjaga keharmonian semua,” tambahnya.

Dalam posting video di Facebook itu, RedeagleX Gaming turut bersertakan kapsyen permohonan maaf kepada pihak polis, Angkatan Tentera Malaysia dan warganet.

Baru-baru ini, RedeagleX Gaming menerima kritikan hebat dalam kalangan komuniti e-sukan kerana dilihat bergurau melampaui batas mengenai pihak tentara dalam memerangi COVID-19.

Dalam video penstriman langsung itu, RedeagleX Gaming sedang menceritakan ‘perbualannya’ dengan ‘seorang abang askar’.

Berikut adalah antara petikan ‘perbualan’ RedeangleX Gaming dalam video penstriman langsung itu :

“…Abang askar itu cakap, kau nak kena lempang dengan aku ke? Lepas tu aku cakap dekat abang askar tu, kau tak payah lempang-lempang aku. Sini aku lempang kau balik. Aku pun lempang abang askar itu. Lepas tu abang askar itu kata, serius lah?

“Aku cakap, sakit tak? Abang askar tu cakap, sakitlah. Aku tanya nak lagi tak. Abang askar tu cakap tak naklah. Okay abang, saya gerak dahulu. Nanti saya tampar-tampar abang lagi, abang diam.

Berikutan video itu, ada yang menyifatkan gurauan RedeagleX Gaming sangat keterlaluan memandangkan pihak tentera dan polis sedang bekerja kerasa sebagai barisan utama untuk memerangi COVID-19 ketika ini.

“Agak kurang ajar gurauan penghibur penstriman langsung ini. Bergurau ada hadnya. Anda masih budak-budak.

“Kenang sedikit jasa polis dan askar yang menjaga (negara) pada siang dan malam,” kata pengguna Facebook Mohamad Naili.

Selain bergelar seorang penghibur penstriman langsung, juga merupakan pemain kompetitif PUBG Mobile.

https://www.facebook.com/RedeagleXGaming/videos/862801457526665/

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved