Connect with us

PUBG Mobile

RedeagleX sudah lama keluar skuad, maafkan dia – AROV Esports

Published

on

Foto Facebook /. RED Eagle X Gaming

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile tanah air, AROV Esports mengesahkan pemain yang mencetuskan kontroversi kerana lawak ‘abang askar’, Muhammad Nurirfan Mohamad (RedeagleX Gaming) telah lama meninggalkan pasukan itu.

AROV Esports berkata RedeagleX Gaming tidak lagi pasukan itu sejak Julai tahun lalu.

“RedeagleX Gaming telah meninggalkan kami sebelum Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan Musim Luruh 2019 bermula.

“Kami tidak mempunyai hubungan dan kaitan dengan RedeagleX selain kawan. 

“Dia merupakan bekas pemain kami yang bagus. Seharapnya anda boleh memaafkannya kerana dia sudah membuat kenyataan rasmi untuk meminta maaf kepada semua yang terlibat,” kata AROV Esports dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Rabu, RedeagleX Gaming telah memohon maaf berikutan satu tindakan gurauannya yang dilihat melampaui batas pada semalam.

RedeagleX Gaming berkata dia mengesali dengan perkataan yang dituturkan dan tidak berniat untuk memerli pihak tentera.

“Saya tidak berniat untuk memerli dan mengejek mana-mana pihak terutama tentera.

“Saya mengakui kesilapan tersebut hanya kerana saya begitu seronok melayan imaginasi ketika penstriman langsung, sambil bermesra dengan penonton yang ada.

“Sebenarnya, saya tidak ada menyimpan perasaan marah atau tidak puas hati kepada pihak tentera di luar sana,” kata RedeagleX Gaming.

Selain bergelar seorang penghibur penstriman langsung, juga merupakan pemain kompetitif PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved