PUBG Mobile
PMPL Indonesia: Bigetron RA semakin menghampiri 1000 mata, kutip 15 Chicken Dinner

GERGASI PUBG Mobile dunia, Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) memerlukan sekurang-kurangnya 25 mata untuk meraih 1000 mata dalam Liga Profesional (PMPL) Indonesia.
Setakat minggu keempat, hari kedua, pusingan ketiga PMPL Indonesia, Bigetron RA kini mengutip 975 mata dengan 15 Chicken Dinner.
Juara PMCO Musim Luruh 2019 itu masih mengekalkan barisan utama pemain mereka, iaitu Made Bagas Pramudita (Zuxxy), Made Bagus Prabaswara (Luxxy) Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (MiCROBOY).
Barisan utama PMPL itu juga disertai pemain wanita Maureen Gabriella (Alice).
Pada minggu lalu, Bigetron RA mengekalkan gelaran sebagai pasukan terbaik mingguan PMPL Indonesia dengan kutipan markah 809 mata secara keseluruhan dengan 12 Chicken Dinner.
Menerusi kemenangan dua minggu berturut-turut itu, Bigetron RA membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM34,000 (AS$8,000).
Tiga pemain Bigetron RA iaitu Luxxy, Ryzen dan Zuxxy turut mendapat gelaran Centurions kerana berjaya mendapat 100 mata bunuh dalam PMPL Indonesia.
Liga PMPL Indonesia dijangka akan berakhir pada 29 Mac ini.