Connect with us

PUBG Mobile

PMPL Indonesia: Bigetron RA berjaya capai lebih 1000 mata, kutip 16 Chicken Dinner

Published

on

Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) berjaya mengumpul markah sebanyak 1004 mata selepas 58 pusingan berlangsung dalam PMPL Indonesia. - Foto PUBG Mobile Indonesia

ALIEN MERAH terus berleluasa dalam medan perang e-sukan PUBG Mobile selepas pasukan itu mencatat sejarah tersendiri sebagai pasukan pertama dalam Liga Profesional (PMPL) Indonesia yang meraih lebih 1000 mata.

Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) berjaya mengumpul markah sebanyak 1004 mata selepas 58 pusingan berlangsung dalam PMPL Indonesia.

Jumlah mata itu berjaya direkodkan selepas mereka memenangi Chicken Dinner yang ke-16 seketika tadi di peta Sanhok seketika tadi.

Pada pusingan Sanhok itu, Bigetron RA turut berjaya mengutip 9 mata bunuh.

Pemain Bigetron RA Made Bagas Pramudita (Zuxxy) turut dipilih sebagai pemain terbaik pusingan itu dengan 5 mata bunuh, 1129 mata kemusnahan, 1 tembakan di kepala dan 3 mata sokongan.

Barisan utama Bigetron RA yang menyertai PMPL Indonesia terdiri daripada:

  • Made Bagas Pramudita (Zuxxy)
  • Made Bagus Prabaswara (Luxxy)
  • Muhammad Albi (Ryzen)
  • Nizar Lugatio (MiCROBOY)
  • Maureen Gabriella (Alice)
  • Ilham Bagus Santosa (Penganalisis)

Tiga pemain Bigetron RA iaitu Luxxy, Ryzen dan Zuxxy turut berjaya mendapatkan gelaran Centurions kerana berjaya mendapat 100 mata bunuh dalam PMPL Indonesia setakat ini.

Selain itu, Bigetron RA turut dipilih sebagai pasukan terbaik mingguan selama 2 minggu dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM34,000 (AS$8,000).

PMPL Indonesia masih lagi berlangsung sehingga 29 Mac ini dan boleh ditonton di Facebook PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved