Connect with us

PUBG Mobile

PUBG Mobile: Bukan sekadar Choukelat, menang Daddyhood Chicken Dinner Edisi Fan Wars

Published

on

KUALA LUMPUR – Penghibur penstriman langsung, Nureddy Nursal (Daddyhood) menunjukkan dia juga berkebolehan dalam e-sukan PUBG Mobile apabila dia memenangi perlawanan Jom Chicken Dinner Edisi Fan Wars semalam. 

Pasukan Daddyhood yang disertai tiga lagi pemain turut memenangi kesemua lima pusingan yang dipertandingkan.

Selain Daddyhood, Jom Chicken Dinner Edisi Fan Wars turut disertai penghibur-penghibur penstriman langsung terkenal di Malaysia iaitu:

  • Mohd Faris Zakaria (Soloz)
  • Roslinda Embran (Miss Rose)
  • Zulfikar Kene (Obot)
  • Agus Rian (Agusrianz)

Perlawanan itu juga menampilkan tetamu jemputan, Mohd Fattah Zakaria (Fattah Zie) sebagai hos.

Setakat hari ini, perlawanan PUBG Mobile edisi khas itu mendapat 162,377 jumlah tontonan.

Bagi anda yang terlepas untuk menonton penstriman langsung semalam, boleh ke Facebook PUBG Mobile. 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved