Connect with us

PUBG Mobile

PMPL MY/SG akan diteruskan secara online bermula 31 Mac

Published

on

Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura akan kembali untuk minggu ketiga pada 31 Mac-5 April nanti.

KUALA LUMPUR – Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura akan kembali untuk minggu ketiga pada 31 Mac ini dan akan dijalankan secara atas talian.

Menurut penganjur, acara tersebut yang akan berlangsung sehingga 5 April nanti diadakan mengikut garis panduan yang ditetapkan bagi mengurangkan jangkitan wabak.

Pengajur turut menyatakan PMPL MY/SG berkemungkinan akan mengalami beberapa perubahan memandangkan liga itu dijalankan secara offline.

“Kami sedang mengalihkan peralatan secara sepenuhnya untuk menjayakan perlawanan-perlawanan e-sukan yang akan datang. 

“Berkemungkinan anda mungkin akan melihat beberapa perubahan dan sedikit kelewatan sewaktu penstriman langsung.

“Walau bagaimanapun, kami akan membuat yang terbaik untuk memberikan aksi-aksi PUBG Mobile yang terbaik dan kami menghargai kesabaran anda semua,” kata penganjur dalam satu kenyataan pada hari ini.

Pada 17 Mac lalu, PMPL MY/SG ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan kerajaan.

BACA: COVID 19: PMPL MY/SG sah ditangguhkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan kerajaan

Pada peringkat liga, PMPL MY/SG sudah dijalankan selama dua minggu dengan menyaksikan pasukan Bapak Ah Esports mendahului 729 mata.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved