Connect with us

PUBG Mobile

PMPL MY/SG: OnTheGo akan mengulas minggu ketiga liga

Published

on

Foto : Facebook / OnTheGo

KUALA LUMPUR – Pengulas e-sukan popular tanah air, Parthiban Petchayappen (OnTheGo) akan membuat kemunculan kembali dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Pengurus Projek PMPL MY/SG Scott Ng berkata pemilihan OnTheGo adalah sebagai salah satu usaha penganjur untuk tidak mengecewakan peminat tempatan yang menonton liga itu.

“Memang ada banyak perubahan ketika ini. Kami sedang mencuba yang terbaik untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

“Dalam masa yang sama juga kami tidak mahu mengecewakan peminat,” katanya ketika dihubungi What’s The Meta Today.

Selain OnTheGo, Azrul Anwar juga akan mengulas liga utama bagi Malaysia dan Singapura pada minggu terakhir liga itu dalam bahasa Melayu.

Sementara itu, Andriyana Mohd Ghazali (ChuChu) dan Andrew Cheong (Sir Cloud) akan terus menggalas tanggungjawab sebagai pengulas Bahasa Inggeris bagi PMPL MY/SG.

Sebelum ini, OnTheGo pernah membuat kemunculan istimewa dalam liga itu pada 7 Mac yang lalu.

PMPL MY/SG kini kembali untuk minggu ketiga yang akan berlangsung pada 31 Mac sehingga 5 April nanti menerusi atas talian.

Menurut penganjur, acara tersebut diadakan mengikut garis panduan yang ditetapkan bagi mengurangkan jangkitan wabak.

Pada 17 Mac lalu, PMPL MY/SG ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan kerajaan.

Pada peringkat liga, PMPL MY/SG sudah dijalankan selama dua minggu dengan menyaksikan pasukan Bapak Ah Esports mendahului 729 mata.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved