Connect with us

PUBG Mobile

PMPL Indonesia: Ryzen Bigetron RA dipilih sebagai Terminator, kutip 145 kills

Published

on

Foto: PUBG Mobile Indonesia

PEMAIN profesional PUBG Mobile bagi pasukan Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) Muhammad Albi (Ryzen) diberi gelaran Terminator bagi peringkat musim Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia (PMPL ID).

Ryzen mendapat gelaran tersebut selepas mengutip 145 mata bunuh sepanjang musim liga PMPL ID berlangsung.

Selain itu, Ryzen turut merekodkan 27 tembakan di kepala dan mengumpul 29,141 mata kesan musnah.

Foto: PUBG Mobile Indonesia

Sementara itu, dua rakan sepasukannya Made Bagas Pramudita (Zuxxy) dan Made Bagus Prabaswara (Luxxy) turut berada dalam ranking Terminator PMPL ID dengan masing-masing mencatatkan 144 dan 132 mata bunuh.

Bagi tempat keempat disandang pemain Red Rocket Esports, Eksan Rahman (RedFacen) dengan 118 mata bunuh manakala pemain Boom Esports Yose Herja (Voker) berada di tempat kelima .

Ryzen dan Bigetron RA menduduki tempat pertama peringkat PMPL ID dengan kutipan 1251 mata secara keseluruhan dengan 19 Chicken Dinner.

Sepanjang 72 pusingan berlangsung, pasukan itu juga berjaya meraih 519 mata bunuh.

Bigetron RA juga memenangi pasukan terbaik selama tiga minggu berturut-turut dan membawa pulang kira-kira RM48,000 (AS$12,000).

Barisan utama Bigetron RA yang menyertai PMPL Indonesia terdiri daripada:

  • Made Bagas Pramudita (Zuxxy)
  • Made Bagus Prabaswara (Luxxy)
  • Muhammad Albi (Ryzen)
  • Nizar Lugatio (MiCROBOY)
  • Maureen Gabriella (Alice)
  • Ilham Bagus Santosa (Penganalisis)

Menerusi kemenangan itu, Bigetron RA mendapat slot ke Grand Final PMPL ID.

Berikut adalah keputusan penuh bagi peringkat musim liga PMPL ID:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved