Connect with us

PUBG Mobile

PMPL MY/SG: Siapa bakal jadi terminator?

Published

on

Top 5 Pemain dengan Mata Bunuh Terbanyak setakat 15 Mac. Dari kiri, Bard, Damrude, uHigh, six, dan SamZie.

KUALA LUMPUR – Liga profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) kini kembali beraksi untuk minggu ketiga pada esok.

Pada minggu terakhir liga yang berlangsung secara atas talian itu bakal menyaksikan kesemua 24 pasukan bertanding merebut 16 slot ke Grand Final PMPL MY/SG.

Ia juga bakal menyaksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai pemain terbaik liga.

Berikut adalah senarai 6 pemain teratas yang mengutip jumlah mata bunuh (kills) terbanyak setakat ini:

  1. Team Secret –  Muhammad Dhiya Ulhaq (uHigh) –  112 kills
  2. Geek Fam – Mohd Irzam Aman Mohd Zaini  (damRUDE) – 95 kills
  3. Bapak Ah Esports – Aqil Yusli (Six) – 85 kills
  4. NED Brotherhood – Muhammad Abdul Samad (SamZie) – 82 kills
  5. Bapak Ah Esports – Mohamad Harith Iskandar Badrul Hisham (Bard) – 80 kills
  6. Bapak Ah Esports – Muhammad Danny Irfan Bakri (Jenny) – 77 kills 

Pada minggu pertama, anugerah Pemain Terbaik diberikan kepada uHigh dengan rekod 64 mata bunuh.

BACA: uHigh berlatih 2,000 peluru sehari, dipilih sebagai MVP Minggu Pertama

Sementara itu, pada minggu kedua, Bard dari Bapak Ah Esports merampas gelaran itu selepas mengutip 49 mata bunuh.

PMPL MY/SG kini kembali berlangsung untuk minggu ketiga yang akan berlangsung pada 31 Mac sehingga 5 April nanti menerusi atas talian.

Pada 17 Mac lalu, PMPL MY/SG yang diadakaan di IO Esports Arena, Kuala Lumpur, ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan kerajaan.

Pada peringkat liga, PMPL MY/SG sudah dijalankan selama dua minggu dengan menyaksikan pasukan Bapak Ah Esports mendahului 729 mata.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Anda boleh menonton PMPL MY/SG di Facebook PUBG Mobile esok jam 3 petang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved