Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Pemain PUBG Mobile dikeluarkan dari organisasi kerana sikap tidak profesional

Published

on

Foto: Instagram / Sixless

BEKAS pemain profesional PUBG Mobile Cloud 9, Brandon Cole Patterson (Sixless) dikeluarkan dari organisasi itu mulai hari ini.

Cloud 9 berkata keputusan itu adalah berikutan tindakan Sixless berkelakukan yang bertentangan dengan polisi syarikat.

“Berikutan kelakuan Sixless yang bertentangan dengan jangkaan polisi pemain dan organisasi, Sixless kini tidak lagi bersama Cloud 9,” katanya dalam satu ciapan Twitter hari ini.

Sebelum ini portal AFK Gaming melaporkan, Sixless terlibat dalam satu kontroversi selepas meninggalkan beberapa komen yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan komuniti e-sukan India.

Sixless dilaporkan sebagai berkata hanya tiga pemain India yang mempunyai skill untuk beraksi di peringkat antarabangsa iaitu  Sc0ut (Fnatic), Jonathan (TSM Enity) dan Daljitsk (Orange Rock) dan yang lain hanya sekadar mempunyai nama bear.

Sixless juga dikatakan mengkritik peminat India yang mempunyai sikap toksik berikutan satu insiden komuniti negeara itu mengecam pemain Team Soul iaitu Mortal selepas satu corak permainan yang ditonjolkannya kurang memberangsangkan dalam satu sesi latihan.

Sixless sebelum ini menyertai Cloud9 pada 17 Januari 2020.

Dia juga pernah mennyertai Omen Elite dan menduduki tempat kelima belas dalam kejohanan Peacekeeper Elite 2019 di Xi’an, China.

Cloud 9 merupakan antara salah satu pasukan jemputan untuk menyertai Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Amerika yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Namun liga itu terpaksa ditangguhkan berikutan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved