Connect with us

Bisnes E-Sukan

Mobile Esports paling popular adalah MLBB, ditonton selama 386.8 juta jam – Esports Charts

Published

on

Foto: WTM Today / Mariah Ahmad

SYARIKAT perkhidmatan analisis siaran e-sukan, Esports Charts melaporkan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB/ML) sebagai e-sukan mudah alih paling poular dan paling banyak ditonton untuk tahun 2021.

Esports Charts berkata, permainan yang dibangunkan Moonton itu telah menarik jutaan penonton dari rantau Asia Tenggara.

“Kejohanan-kejohanan e-sukan itu ditonton selama 386.8 juta jam iaitu 2.5 kali lebih banyak berbanding tahun 2020.

“Dalam MLBB, kejohanan popular yang dianjurkan pada tahun 2021 adalah Kejohanan Dunia M3 dengan catatan 3.1juta tontonan kemuncak,” kata Esports Charts dalam satu kenyataan pada Isnin lalu.

Jelas Esports Charts, tujuh kejohanan MLBB pada tahun itu berjaya mencapai lebih satu juta tontonan kemuncak, termasuk kejohanan antarabangsa dan Liga Profesional (MPL) Indonesia dan Filipina.

“Pada tahun 2020, MLBB hanya berada di ranking ketiga untuk kategori ini, kini ia bukan sahaja berada di kedudukan paling atas, malah meninggalkan pesaing dengan lebih jauh,” tambah Esports Charts.

Sementara itu, PUBG Mobile berada di ranking kedua, kurang 45% daripada jumlah jam yang ditonton (216.7 juta jam) berbanding MLBB.

Berikut adalah senarai e-sukan mudah alih yang paling lama ditonton untuk tahun 2021, berdasarkan statistik Esports Charts:

  1. Mobile Legends: Bang Bang – 386.89 juta
  2. PUBG Mobile – 216.71 juta
  3. Free Fire – 142.21 juta
  4. Arena of Valor 82.11 juta
  5. Battleground Mobile India – 19.35 juta

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved