Connect with us

Bisnes E-Sukan

Bukan sekadar main game, EVOS lancar skuad bola keranjang

Published

on

SELEPAS menguasai arena e-sukan Asia Tenggara, EVOS Esports (EVOS) kini menceburi  bidang sukan tradisional pula.

Pada 12 Januari lalu, EVOS sah melancarkan skuad bola keranjang di Indonesia yang dikenali sebagai EVOS Thunder Bogor.

Skuad itu berpangkalan di bandar Bogor, Indonesia dan bakal menjadikan The Bucketlist Indonesia, sebagai lokasi arena perlawanan.

Pengarah Urusan EVOS, Hartman Harris berkata pihaknya memilih skuad bola keranjang kerana minat yang ditunjukkan oleh EVOS Family (komuniti peminat e-sukan EVOS).

“Kami sangat teruja dengan perasmian skuad EVOS Thunder Bogor.

“Menerusi perkembangan ini, kami berharap dapat membawa satu pencapaian baru dalam dunia bola keranjang dan industri hiburan sukan (sportainment),” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

EVOS Thunder Bogor juga telah menyertai Liga Bola Keranjang Basketball Indonesia 2022.

EVOS bukan satu nama asing dalam industri e-sukan. Ia mempunyai beberapa skuad e-sukan, termasuklah Mobile Legends, PUBG Mobile, Free Fire, ROV dan Wildrift.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved