Connect with us

PUBG Mobile

uHigh kutip 20 kills hari pertama Grand Final

Published

on

PEMAIN muda berbakat besarTeam Secret MY, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) sekali lagi menunjukkan bahawa dia sememangnya pemain yang berkaliber apabila mendominasi carta Terminator hari pertama Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG).

uHigh, yang menyertai barisan pemain Team Secret MY pada Februari lalu berjaya mengutip sebanyak 20 mata bunuh selepas enam pusingan dipertandingkan pada hari pertama Grand Final PMPL MYSG semalam.

Sementara itu, pemain-pemain dari pasukan Yoodo Gank dan Axis Norlan MPX, Azim Ikromi (Draxx), Izzrudin Hashim (Jumper), Muhammad Haziq Hanafi (Appy) dan Muhammad Harith Aimar (Rith) masing-masing berkongsi tempat kedua apabila kesemua mereka berjaya mengutip 13 mata bunuh.

uHigh turut berjaya memberikan kesan bunuh (damage) tertinggi apabila berjaya memberikan lebih 3,723 kesan bunuh terhadap pihak lawan semalam.

Berikut merupakan senarai pemain yang berjaya memberikan kesan bunuh tertinggi;

  • Secret uHigh- 3723
  • Yoodo Draxx -2759
  • TNR SinBPro -2684
  • SMG Putra- 2408
  • Axis NRL Appy- 2304

Sebelum ini, uHigh bersama pasukan Team Secret MY berjaya menduduki tangga teratas bagi peringkat liga PMPL MYSG sekaligus menerima slot secara merit ke kejohanan Grand Final PMPL Asia Tenggara (SEA Finals) Musim Kedua 2020 nanti bersama pasukan Yoodo Gank.

BACA: PMPL:Team Secret MY gah dengan 760 mata, dapat slot ke SEA Final

Jangan lupa saksikan uHigh pada hari kedua Grand Final PMPL MYSG nanti di Facebook Gaming.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved