Connect with us

PUBG Mobile

PMPL Indonesia: ION Esports dahului carta, Bigetron RA “ngeprank” lagi?

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile Indonesia

Pasukan PUBG Mobile Indonesia, ION Esports mendahului carta keseluruhan Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia (PMPL Indonesia) selepas tamat hari pertama semalam.

ION Esports kini memperoleh 79 mata keseluruhan, termasuk 38 mata bunuh.

Hanya 10 mata di belakang, BOOM Esports yang berada di tempat kedua mengekori rapat pasukan ION Esports dengan 69 mata.

Foto: PUBG Mobile Esports Indonesia

Pasukan ION Esports yang dibarisi Leander Deusfiel (LiQuid), Jerry Asyahry (Jerrsy), Eksarachman Jayanto (RedFacen), Albar Fahreza (Hijrah) dan Sabda Bisma (Auro) berjaya mengekalkan momentum perlawanan dari peringkat liga apabila berjaya mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang tiga pusingan pertama.

Prestasi memberangsangkan ini sekaligus menghadiahkan Chicken Dinner pertama mereka di peringkat Grand Final PMPL Indonesia sekaligus melonjakkan mereka di kedudukan teratas tamat tiga pusingan awal.

Bagi pusingan Miramar tersebut, ION Esports berjaya mengutip 14 mata bunuh secara total.

Pasukan ION Esports yang dipimpin ketua dalam permainan (igl) Hirah dan pemain scout, RedFacen berjaya meneruskan konsistensi mereka sepanjang tiga pusingan terakhir hari pertama selain mengutip mata bunuh yang lebih banyak.

Terminator peringkat liga, RedFacen dari ION Esports kembali lagi mendominasi carta mata bunuh tertinggi apabila berjaya mengutip 16 mata bunuh tamat hari pertama.

Pada masa yang sama, juara Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, Bigetron Red Aliens kini berada di tempat ke-15 tamat enam pusingan yang dimainkan.

Pasukan Bigetron RA walaubagaimanapun sudah menerima slot ke kejohanan Liga PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA Finals) nanti selepas menjuarai peringkat liga kejohanan PMPL Indonesia.

BACA: PMPL Indonesia: Bigetron RA juara, sertai Team Secret, Yoodo Gank SEA Finals

Grand Final PMPL Indonesia akan berlangsung sehingga esok dan boleh ditonton di Facebook.

Liga PMPL Indonesia menawarkan jumlah wang terkumpul sebanyak kira-kira RM628 ribu (AS$150,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved