Connect with us

PUBG Mobile

PMPL Indonesia: Bigetron RA juara, sertai Team Secret, Yoodo Gank SEA Finals

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile Indonesia

JUARA dunia Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur Bigetron Red Aliens sekali lagi menunjukkan bahawa mereka merupakan pasukan bertaraf dunia apabila muncul sebagai juara Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Indonesia Musim Kedua.

Menerusi kemenangan itu, Bigetron RA layak secara merit ke kejohanan PMPL Asia Tenggara (SEA Finals) Musim Kedua yang bakal memaparkan aksi-aksi pasukan-pasukan terbaik Asia Tenggara nanti.

Bigetron RA berjaya mengutip 831 mata secara keseluruhan, 61 mata di hadapan ION Esports yang menduduki tempat kedua.

Sempat ketinggalan 40 mata lebih antara ION Esports, Bigetron RA berjaya melakukan kebangkitan yang menakjubkan dengan mengutip tiga Chicken Dinner sekaligus melonjak ke kedudukan teratas.

BACA: PMPL Indonesia: “Ngeprank”?Juara dunia BTR RA kutip lagi tiga Chicken Dinner

Foto: PUBG Mobile Esports Indonesia

Walaupun mendominasi carta keseluruhan, pemain-pemain Bigetron RA terpaksa akur apabila gelaran MVP dan terminator liga PMPL Indonesia jatuh ke tangan pemain pasukan ION Esports, Eksarachman Jayanto (RedFaceN).

RedFacen berjaya mengutip rating sebanyak 1.64 dan mendahului carta bunuh liga dengan, 138 mata bunuh secara total.

Gelaran Terminator peringkat liga dinobatkan kepada pemain yang berjaya mengutip mata bunuh tertinggi bagi peringkat liga tersebut.

Foto: PUBG Mobile Esports Indonesia

Kelayakan pasukan Bigetron RA ke peringkat Asia Tenggara sekaligus menimbulkan persoalan samada pasukan itu mampu melayakkan diri ke peringkat seterusnya untuk mempertahankan gelaran juara dunia.

PMPL Indonesia telah berlangsung sejak 14 Ogos yang lalu dan akan tamat pada 27 September.

Liga PMPL Indonesia menawarkan jumlah wang terkumpul sebanyak kira-kira RM628 ribu (AS$150,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved