Connect with us

PUBG Mobile

PMPL Indonesia: “Ngeprank”?Juara dunia BTR RA kutip lagi tiga Chicken Dinner, kembali dominasi tangga teratas

Published

on

Foto fail: WTM Today / Mariah Ahmad

Juara Dunia Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, Bigetron Red Aliens (BTR RA) sekali lagi menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila kembali bangkit dalam mendominasi carta keseluruhan Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia (PMPL Indonesia).

Bigetron RA berjaya berada di kedudukan teratas dengan 694 mata secara keseluruhan selepas lima minggu kejohanan.

Pasukan itu juga berjaya mengutip tiga Chicken Dinner bagi hari ketiga minggu kelima kejohanan.

Foto:pmpl.id/PUBG Mobile Indonesia

Ini merupakan kali kedua Bigetron berjaya melakukan kebangkitan dalam carta PMPL Indonesia Musim Kedua.

BACA: PMPL: Semua akan BTR pada waktunya, BTR kuasai minggu pertama PMPL Indonesia

Ia sekaligus membolehkan juara bertahan musim pertama itu untuk memotong kedudukan pasukan ION Esports yang kini ketinggalan 30 mata di belakang Bigetron RA.

Pasukan yang dibarisi oleh pemain-pemain berpengalaman seperti Made Bagus Prabaswara (Luxxy), Made Bagas Pramudita (Zuxxy), Nizar Lugatio (Microboy) dan Muhammad Albi (Ryzen) berjaya membuka perlawanan pertama di Sanhok dengan 11 mata bunuh hari ini.

BTR juga berjaya mengutip 37 mata bunuh secara total bagi ketiga-tiga pusingan Chicken Dinner itu.

Walaupun mendominasi carta keseluruhan liga, pemain-pemain Bigetron gagal merebut gelaran terminator setakat ini apabila pemain ION Esports, Eksarachman Jayanto (RedFacen) mendahului carta bunuh dengan 120 mata bunuh, 16 mata di hadapan terminator dunia Zuxxy.

Foto: pmpl.id/ PUBG Mobile Indonesia

Pasukan Bigetron RA akan mensasarkan untuk menamatkan peringkat liga PMPL Indonesia di tempat pertama dalam misi kelayakkan ke peringkat Asia Tenggara nanti.

PMPL Indonesia telah berlangsung sejak 14 Ogos yang lalu dan akan tamat pada 27 September.

Kejohanan itu turut menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak kira-kira RM628 ribu (AS$150,000) secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved