Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Kami hafal dropspot pihak musuh – Rex

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

KONSITEN. Konsiten dan konsisten.

Jaguh PUBG Mobile negara, Team Secret MY seolah-olah telah menemui formula untuk terus mendominasi liga terbesar Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) pada musim kali ini apabila berjaya mengutip Chicken Dinner kesembilan di Miramar pada pusingan ke-79.

Selepas melangkah masuk ke zon selamat fasa ketiga yang terletak di Monte Nuevo, Team Secret MY terus menguasi kawasan tersebut dengan mendapatkan mata bunuh sebanyak mungkin.

Tiga pasukan yang lain iaitu Team SMG, Geek Fam dan Westar Expert yang turut bersama Team Secret MY pada zon selamat fasa ketujuh seolah-olah ‘menyerah diri’ kepada juara PMPL MYSG Musim pertama itu selepas tidak mampu berganjak dari lokasi masing-masing.

Cubaan membuat jambatan asap dari pasukan-pasukan itu untuk melangkah masuk dalam bulatan digagalkan Team Secret MY yang telah mendominasi kawasan itu pada peringkat awal.

Pada pusingan ke-79 itu, Team Secret MY mengutip 15 mata bunuh.

View this post on Instagram

PMPL: Jambatan asap? Mungkin ini jambatan maut Monte Nuevo apabila yang menanti di hadapan adalah @teamsecret MY! ⁣ ⁣ 15 kills, The Return of the Miramar King. 9/10 Chicken Dinner. ⁣ ⁣⁣⁣⁣ Keputusan Chicken Dinner:⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Pusingan 77- Sanhok – Team Bosskurr⁣⁣⁣ Pusingan 78- Erangel – Axis NRL MPL ⁣ Pusingan 79- Miramar – Team Secret⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Ikuti WTM di platform media sosial kami: ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 📸 Instagram @wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗨 Facebook What’s The Meta ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🎬 YouTube wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗯 wtmtoday.MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Foto/Video: @pubgmobilemyofficial⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #wtmtoday #pubgmobile #pmplymysg #PMPL2020 #PMPLS2 #BeTheOne⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday) on

Menurut pemainnya Asyam Allam Hafiz Syayuti (Rex), antara sebab mereka berjaya mendominasi kawasan itu adalah kerana ramalan pergerakan pihak lawan.

“Kami mengingati kesemua lokasi mendarat (dropspot) pihak lawan dan kami cuba meramal penukaran koordinasi lokasi mereka.

“Kemudian kami akan berbincang dan membuat keputusan bersama-sama untuk mengambil langkah yang seterusnya,” kata Rex.

Rex berkata demikian dalam satu temu bual bersama hos PMPL, Andrew Cheong (Sir Cloud) selepas pasukannya berjaya mendapatkan Chicken Dinner ketiga Miramar Team Secret MY seketika tadi.

Team Secret MY kini mengumpul 640 mata secara keseluruhan dan masih tidak berganjak dari tempat pertama sejak awal permulaan liga.

Jelas Rex, Team Secret MY tidak mensasarkan sebarang kutipan mata terkumpul yang khusus dalam liga ini, sebaliknya objektif pasukan itu lebih mahu mencuba strategi-strategi baharu untuk digunapakai dalam kejohanan yang akan datang.

“Kami tidak mensasarkan apa-apa. PMPL ini dilihat sebagai tempat latihan untuk kejuaraan akan datang.

“Saya juga rasa bertuah kerana mereka memberi peluang kepada saya untuk bermain bersama Team Secret MY,” tambah Rex.

Selain itu, Rex juga mendedahkan jurulatihnya Muhammad Farhan Abdul Gaffar (Jangs) akan membotakkan kepala jika Team Secret MY mampu mengutip lima Chicken Dinner pada minggu terakhir PMPL MYSG Musim Kedua.

PMPL MYSG masih lagi berlangsung sehingga 27 September nanti dan menawarkan hadiah wang terkumpul RM 620,000 secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved