Connect with us

PUBG Mobile

PMPL Terminator: Fredo potong Uhigh, kutip 87 kills

Published

on

KUALA LUMPUR – Pemain pasukan The One and Onleh Yoodo Gank, Ahmad Fuad Razali (Fredo) kini mendahului carta Terminator Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua dengan kutipan 87 mata bunuh secara keseluruhan.

Rekod Fredo itu memotong markah pemain Team Secret MY Muhammad Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) yang mengutip 85 mata bunuh ketika ini.

Dalam perlawanan kumpulan A dan B semalam, Fredo berjaya mendapatkan sekurang-kurannya tujuh mata bunuh, manakala uHigh yang berada dalam kumpulan C akan mula beraksi hari ini sebagai permulaan minggu terakhir liganya bersama Team Secret MY.

Berikut adalah senarai pemain PMPL MYSG yang kini berada di kedudukan teratas Terminator liga:

  1. Fredo – 87 kills
  2. uHigh – 85 kills
  3. Muhammad Rifa’ie Adam Mohd Ruzaizo (Damqt) – 78 kills
  4. Asyam Allam Hafiz Syayuti (Rex) – 76 kills
  5. Muhammad Mukhriz Lutfi Fariq Adlan (IronPro) – 76 kills

Gelaran Terminator peringkat liga akan dinobatkan kepada pemain yang berjaya mengutip mata bunuh tertinggi bagi peringkat liga tersebut.

Pemenang Terminator liga akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak kira-kira RM4,900 (AS$1200).

Setakat ini, Fairul Iskandar Putra Muazamshah (Putra) dari Team SMG, uHigh dan Damqt telah memenangi gelaran terminator mingguan PMPL MYSG Musim Kedua.

Masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM800 (AS$200).

PMPL MYSG akan kembali untuk hari kedua minggu keempat pada jam 5 petang nanti dengan menyaksikan perlawanan kumpulan B dan C.

Pembahagian kumpulan PMPL MYSG bagi minggu keempat – Foto: Facebook / PUBG Mobile

Menerusi perlawanan hari ini, kedudukan Terminator dilihat akan berubah sekali lagi apabila uHigh, Rex dan Putra dijangka akan memberi saingan sengit untuk mengumpulkan mata bunuh terbanyak.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved