Connect with us

PUBG Mobile

PMPL Indonesia: “Saya udah bilang, ini liga” – pesanan Ryzen kepada haters

Published

on

Foto: Facebook / Bigetron Esports

JAGUH dunia PUBG Mobile Muhammad Albi (Ryzen) menasihati netizen-netizen yang melontarkan kecaman mengenai prestasi pasukan Indonesia Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) dalam Liga Profesional Indonesia (PMPL Indonesia) supaya bertenang.

Ryzen berkata tempoh untuk bermain di peringkat liga itu lebih lama dan pelbagai perkara boleh terjadi.

“Saya sudah cakap. Ini liga. Liga masih panjang okay?

“Kami bagi sahaja mereka merasai di tempat nombor satu dengan bersenang-lenang. Nanti pada minggu akhir baru dia meninggoy (pergi),” kata Ryzen.

Ryzen berkata demkian dalam satu temu bual bersama hos PMPL Indonesia (Arwanto Tanumiharja) Wawa Mania.

Dalam temu bual itu, Wawa Mania bertanyakan kepada Ryzen apakah yang ingin disampaikan kepada komuniti yang mengecam Bigetron RA yang mendakwa pasukan itu tidak mampu lagi kembali ke puncak selepas beberapa siri permainan yang mengecewakan.

Pada minggu kelima, Bigetron RA berjaya mengumpul lebih 216 mata dan seterusnya diangkat sebagai pasukan terbaik mingguan.

Menerusi kemenangan itu, Bigetron RA membawa pulang RM6,200 (AS$1500).

Pasukan itu kini senang mengungguli carta PMPL Indonesia dengan 694 mata secara keseluruhan dengan 10 Chicken Dinner.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved