Connect with us

PUBG Mobile

PMPL:Team Secret MY gah dengan 760 mata, dapat slot ke SEA Final

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Selepas empat minggu berlangsungnya Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua, pasukan profesional Team Secret MY muncul sebagai penyandang tempat pertama dengan 760 mata.

Team Secret MY juga berjaya mengutip 354 mata bunuh dan 10 Chicken Dinner secara keseluruhan.

Menerusi kemenangan itu, Team Secret MY juga berjaya mendapatkan slot ke Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) dan akan menyertai pasukan senegara Yoodo Gank ke peringkat itu.

Jurulatih Team Secret MY (Jangs) berkata dia sememangnya menumpang gembira dengan kemenangan anak-anak buahnya yang mempamerkan mutu persembahan yang baik sepanjang liga berlangsung.

“Mereka (pemain-pemain) sangat profesional dan mahu meneruskan momentum sehingga ke Grand Final. Terima kasih kepada semua yang mempercayai saya untuk membawa kemenangan ini.

“Perancangan selepas ini adalah untuk memberi tumpuan kepada Grand Final dan SEA Final. Saya mahu menjadi pasukan kedua Malaysia yang memenangi SEA Final,” kata Jangs dalam satu temu bual PMPL selepas diumumkan sebagai pemenang liga.

Sebelum ini, Team Secret MY juga muncul sebagai Pasukan Terbaik selama tiga minggu berturut-turut.

Barisan utama Team Secret MY terdiri daripada:

  • Aekachai Areesanan (Madtoi)
  • Dhyia Ulhaq Mohd Arasz (Uhigh)
  • Raymon Tan (iSH0TZ)
  • Jiunn Jike Kow (BiuBiu)
  • Asyam Allam Hafiz Syayuti (Rex)

Pemain Team Secret MY, Uhigh turut mempertahankan gelarannya sebagai Terminator Liga apabila mengutip 104 mata bunuh pada musim kali ini.

Sementara itu, pasukan J8 Esports menduduki di tempat kedua PMPL MYSG dengan 627 mata, iaitu perbezaan 133 mata dengan Team Secret MY.

Selain Team Secret dan J8 Esports, berikut adalah senarai 16 pasukan terbaik yang berjaya mara ke Grand Final:

  1. Team Secret
  2. J8 Esports
  3. Axis NRL MPX
  4. Team SMG
  5. TRX Elementus
  6. Geek Fam
  7. Damansara Esports
  8. Resurgence
  9. Yoodo Gank
  10. NED Brotherhood
  11. Dingoz MZ
  12. Marlino
  13. EVOS VIP
  14. EZZY LX
  15. Team Bosskurr
  16. Team No Recoil

Grand Final PMPL MYSG Musim Kedua akan berlangsung pada 25-27 September nanti di Facebook PUBG Mobile.

Dua lagi slot ke SEA Final akan ditawarkan kepada pasukan yang mendominasi pada peringkat Grand Final nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved