PUBG Mobile
PMPL: uHigh mempertahankan gelaran Terminator kejohanan Liga PMPL Musim Kedua

KUALA LUMPUR– 104 mata bunuh.
Itu jumlah yang berjaya dikutip oleh pemain profesional PUBG Mobile, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dari Team Secret MY untuk mempertahankan gelarannya sebagai Terminator Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) bagi Musim Kedua.

Menerusi kemenangan itu, pemain yang berusia 16 tahun itu membawa pulang kira-kira RM4,980 (AS$1,200).
Pada hari terakhir kejohanan liga PMPL MYSG, uHigh berjaya mengutip sebanyak empat mata bunuh untuk mengekalkan kedudukannya di tangga teratas carta Terminator liga.
Berikut merupakan lima pemain PMPL MYSG yang berjaya mengutip mata bunuh tertinggi sepanjang empat minggu liga berlangsung;
- 1) Secret uHigh – 104 mata bunuh
- 2)RSG IronPro – 99 mata bunuh
- 3)Yoodo Fredo – 98 mata bunuh
- 4) SMG Putra – 96 mata bunuh
- 5)J8 DamQT – 95 mata bunuh
Gelaran Terminator peringkat liga dinobatkan kepada pemain yang berjaya mengutip mata bunuh tertinggi bagi peringkat liga tersebut.
uHigh bersama pasukan Team Secret MY juga berjaya menduduki tangga teratas bagi peringkat liga PMPL MYSG sekaligus berjaya melayakkan diri ke kejohanan PMPL Asia Tenggara nanti.
Menerusi kemenangan itu, Team Secret MY juga berjaya meloloskan diri ke Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) dan akan menyertai pasukan senegara Yoodo Gank ke peringkat itu.
BACA: PMPL:Team Secret MY gah dengan 760 mata, dapat slot ke SEA Final
Jangan lupa saksikan peringkat akhir kejohanan PMPL MYSG pada 25 September nanti yang akan melibatkan 16 pasukan terbaik dari Malaysia dan Singapura.
PMPL MYSG menawarkan hadiah wang terkumpul RM 620,000 secara keseluruhan.