Connect with us

PUBG Mobile

#RoadToSEAFinal: RRQ Athena jatuh teruk ke nombor 14, Team Secret dominasi

Published

on

PASUKAN profesional PUBG Mobile Thailand, Team Secret Thailand (TS TH) mendominasi carta keseluruhan hari pertama Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Thailand (PMPL Thailand) Musim Kedua 2020.

Pasukan itu berjaya mengutip 73 mata dalam lima pusingan yang dipertandingkan semalam.

Team Secret Thailand yang dibarisi Yongyuth Riyaten (GZ), Nathakit Khongsranoi (Kengzo), Thanadol Waiyawudthi (Twokay), Totsaporn Udomrak (Cosmos) dan Kittisak Liampha (MrSky) turut berjaya mengutip dua Chicken Dinner.

Foto: PUBG Mobile Thailand

TS TH yang sebelum ini berada di tempat ke-13 untuk peringkat liga, dilihat mempunyai peluang cerah untuk melayakkan diri ke kejohanan Asia Tenggara nanti bersama pasukan senegara, Power888 KPS.

Sementara itu, juara peringkat liga PMPL Thailand Musim Pertama, RRQ Athena kini berada di kedudukan ke-14.

RRQ Athena ketinggalan 43 mata dari penyandang tempat kedua Onyx Esport yang turut dilihat mempunyai peluang untuk melayakkan diri ke kejohanan Asia Tenggara PMPL SEA Finals.

Prestasi RRQ Athena itu menimbukan persoalan sama ada penyandang tempat ketiga Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur mampu untuk melayakkan diri ke PMPL SEA Finals atau untuk buat pertama kalinya, akan gagal ke kejohanan peringkat Asia Tenggara tersebut.

Satu lagi pasukan berpengalaman, Valdus The Murder berada di tempat kelapan tamat hari pertama dengan 36 mata.

Grand Finals PMPL Thailand Musim Kedua 2020 merupakan gelanggang pasukan-pasukan PUBG Mobile berpengalaman seperti Made in Thailand (MiTH), Faze Clan, King of Gamers Club (KOG) dan lain-lain bertarung untuk mendapatkan slot ke kejuaraan Asia Tenggara.

Kejohanan itu akan berlangsung sehingga Ahad ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved