Connect with us

PUBG Mobile

TSM Jonathan kembali, lakon iklan PUBG Mobile India

Published

on

Foto: Instagram/PUBG Mobile India

PEMAIN e-sukan profesional Jonathan Jude Amaral (Jonathan) kembali dalam arena PUBG Mobile, dengan membintangi satu iklan bersama dua penghibur penstriman langsung popular India, Aadii Sawant (Dynamo Gaming) dan Chetan Changude (Kronten Gaming).

Jonathan merupakan seorang pemain profesional popular di bawah organisasi TeamSoloMid (TSM) dan pernah mengharumkan nama India dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti kejohanan PMCO Musim Luruh dan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Iklan yang berdurasi kira-kira 30 saat itu bertujuan untuk mempromosikan pelancaran permainan video PUBG Mobile versi India yang baharu untuk peminat-peminat PUBG Mobile India.

Promosi iklan video itu adalah susulan pengumuman pihak PUBG CORP yang mengambil alih pengurusan dan penerbitan PUBG Mobile di India untuk melancarkan versi baharu setelah timbulnya isu pengharaman PUBG Mobile terhadap negara tersebut September lepas.

BACA: Isu Ban: PUBG Corp akan ambil alih pengurusan, penerbitan PUBG Mobile di India dari Tencent Games

Sejak ditayangkan di laman Instagram rasmi PUBG Mobile India, iklan tersebut telah mencecah sebanyak 1.3 juta tontonan dan lebih daripada 500 ribu likes.

Jonathan dan rakan sepasukannya dilihat telah kembali ke pusat latihan TSM India untuk berlatih bersama-sama selepas pengumuman PUBG Mobile India akan dilancarkan semula.

Pasukan TSM Entity yang dibarisi (dari kanan) Abhishek Choudhary (ZGod), Vivek Aabhas (ClutchGod), Suraj Nityanand (Neyoo) dan Jonathan Jude (Jonathan) pernah menjuarai kejohanan PMCO Asia Selatan dan layak ke beberapa kejohanan dunia sejak tahun 2019.

Pelancaran semula PUBG Mobile India tentunya akan mengembangkan semula industri esukan negara tersebut sekaligus meletakkan negara India sebagai salah satu pencabar dalam arena kompetitif PUBG Mobile global.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved