Connect with us

PUBG Mobile

PEC: Dominasi pasukan China, Paraboy kutip 11 kill tamat hari pertama

Published

on

Zhu BoCheng (Paraboy) mengutip dua Chicken Dinner bersama pasukannya, Nova XQF. - Foto: HuyaTV/ VSPN

TAMAT hari pertama kejohanan Peacekeeper Elite Championship 2020 (PEC), pasukan-pasukan China kelihatan dominan menyapu bersih posisi empat kedudukan teratas carta keseluruhan.

Dominasi pasukan China tidak lagi menghairankan bagi para peminat PUBG Mobile, selepas pasukan-pasukan China terkenal seperti Nova XQF dan Elite Gaming menunjukkan kebolehan mereka dalam misi bergelar juara dunia.

Pasukan China, Royal Never GiveUp (RNG) yang melayakkan diri dari kejohanan PEL, kini mendahului carta keseluruhan tamat hari pertama dengan 71 mata keseluruhan selepas aksi konsisten sepanjang empat pusingan yang dimainkan.

Sementara itu, Nova XQF dan pasukan 4AngryMen yang menduduki tempat kedua dan ketiga masing-masing berkongsi markah, iaitu 63 mata keseluruhan.

Pasukan Nova XQF yang dipimpin oleh fragger utama, Zhu BoCheng (Paraboy) memulakan aksi dengan cemerlang setelah membuka tirai perlawanan dengan dua kemenangan Chicken dinner berturut-turut.

Walaubagaimanapun, gagal mengekalkan momentum perlawanan, Nova XQF dipintas oleh rakan senegara, RNG pada pusingan terakhir tamat hari pertama.

Foto: VSPN

Bagi gelaran anugerah pemain terbaik pula, Xu Zhouhang (77H) dari pasukan RNG kini mendahului carta bunuh apabila berjaya menyingkirkan 14 pemain pihak lawan dalam 4 pusingan pada hari ini.

Tipis di belakang, kedua-dua pemain Nova, Paraboy dan Order berjaya mengumpulkan 11 mata bunuh untuk melengkapkan senarai tiga pemain dengan mata bunuh tertinggi selepas empat pusingan dipertandingkan.

Foto: PEC/ HuyaTV

Mampukah pasukan-pasukan China kekal dominan di atas carta keseluruhan sekaligus dinobatkan juara PEC 2020?

Saksikan hari terakhir kejohanan PEC 2020 secara langsung di laman HuyaTV

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved