Connect with us

PUBG Mobile

PEC 2020: Kejohanan PUBG Mobile “offline”? Apa yang perlu anda tahu?

Published

on

Foto: PUBG Mobile

Selepas kira-kira 11 bulan sejak dunia dibelenggu dengan pandemik COVID-19 yang mengakibatkan hampir kesemua kejohanan e-sukan ditunda atau ditukarkan format kepada atas talian, kejohanan PeaceKeeper Elite Championship (PEC) menjadi antara salah satu kejohanan e-sukan global yang akan dilaksanakan secara offline di kota Shanghai, China.

Bermula 14 November, PEC 2020 akan melibatkan 15 pasukan ternama dari serata dunia untuk bertanding dalam kejohanan PUBG Mobile edisi China.

Mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak penganjur, pasukan-pasukan dari rantau berbeza seperti Amerika, Eropah, Asia dan lain-lain perlu melalui tempoh kuarantin selama 14 hari.

Kejohanan PEC akan berlangsung Shanghai Oriental Sports Center, iaitu arena sukan pertama yang dilengkapi pautan Internet 5G di China.

Berikut merupakan senarai pasukan yang dijemput untuk menyertai kejohanan PEC:

  • Nova XQF (China)
  • 4AngryMen (China)
  • Royal Never Give Up (China)
  • Elite Esports (China)
  • King of Gamers Club (Thailand)
  • Valdus the Murder (Thailand)
  • Unicorns of Love (Jerman)
  • Loops Esports (Brazil)
  • Natus Vincere (Rusia)
  • Wildcard Gaming (Amerika)
  • Team Umbra (Jerman)
  • T1 (Korea Selatan)
  • Tempo Storm (Amerika)
  • Reject Scarlet (Jepun)

Perbezaan format PEC berbanding kejohanan PUBG Mobile konvensional

Berbeza daripada kejohanan PUBG Mobile lain, PEC hanya akan mempertandingkan dua peta; iaitu peta Erangel dan peta Miramar.

Berikut merupakan ramalan WTM Today, untuk lokasi mendarat setiap pasukan yang akan bertanding esok berdasarkan kejohanan-kejohanan sebelum ini.

Ramalan lokasi mendarat untuk peta Erangel
Ramalan lokasi mendarat untuk peta Miramar

Selain perbezaan dari segi versi PUBG Mobile dan pilihan peta, kejohanan PEC turut mempunyai sistem pengiraan mata yang unik untuk menggalakkan corak permainan yang lebih agresif.

Sistem Mata PEC akan menghadiahkan dua mata bagi setiap mata bunuh yang berjaya dikutip oleh pihak lawan pada zon selamat yang pertama dan kedua.

Bagi edisi pertama kejohanan PEC, pasukan tempatan Yoodo Gank, berjaya menempatkan diri di tempat ketujuh secara keseluruhan.

Kejohanan PEC pada kali ini akan membuka tirai pada hari ini nanti dan bakal menawarkan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak kira-kira RM 7.5 juta (AS$1.8 juta).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved