Connect with us

PUBG Mobile

PEC 2020: Nova XQF kekal juara bawa pulang RM3.15 juta, Paraboy MVP

Published

on

Foto: VSPN / HUYA TV

PASUKAN profesional PUBG Mobile China, Nova XQF berjaya mempertahankan kejuaraan mereka bagi esidi kedua kejohanan PeaceKeeper Elite Championship (PEC) 2020.

Menerusi kemenangan itu, pasukan Nova XQF membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM3.15 Juta (AS$756,683).

Pasukan Nova XQF yang dibarisi pemain veteran seperti Zhu BoCheng (Paraboy), Zeng Ronghua (CoolBoy), Xu Yinjun (Jimmy), Zeng Zehai (Order) dan Lin Yien (King) mengungguli carta dengan 150 mata keseluruhan dan berjaya mengutip 69 mata bunuh.

Pasukan Nova yang sebelum ini membawa nama XQF, pernah memenangi kejohanan sama pada Disember lepas setelah berjaya menewaskan pasukan-pasukan ternama seperti Fnatic dan Cloud9.

Pada edisi kali ini, Nova XQF berjaya memintas pasukan senegara, Royal Never GiveUp (RNG) pada hari terakhir selepas sempat ketinggalan sebanyak 8 mata.

Foto: VSPN

Ketiga-tiga kedudukan teratas masih disapu bersih oleh pasukan China sekaligus menunjukkan dominasi negara tersebut dalam arena kompetitif PUBG Mobile.

Bertitik tolak dari situ, pasukan 4AngryMen (4AM) berjaya mengekalkan kedudukan mereka di tempat ketiga apabila berjaya mengutip sebanyak 109 mata secara keseluruhan.

Foto: VSPN

Pemain Nova XQF, Paraboy turut memenangi gelaran pemain terbaik kejohanan apabila berjaya mengutip sebanyak 26 mata bunuh.

Kemahiran Paraboy sebagai salah seorang penembak terbaik PUBG Mobile sememangnya tidak lagi dapat dinafikan sekaligus menjadikan pasukan mereka sebagai pencabar utama di PUBG Mobile Global Championship yang akan berlangsung 24 November nanti.

Foto: PEC/ Weibo

Nova XQF akan ditemani pasukan senegara, 4AM dari rantau China untuk bertanding dalam kejohanan global tersebut.

Pasukan Nova XQF merupakan sebuah pasukan yang berpengalaman dalam kejohanan global dan pernah menduduki tempat kedua dalam kejuaraan dunia di Berlin, Jerman Jun lalu.

Namun demikian, perjalanan pasukan Nova dan 4AM untuk bergelar juara dunia tidak akan menjadi mudah dengan penantian pasukan-pasukan terkuat dari setiap rantau berbeza dan juara bertahan, Bigetron RA.

Mampukah pasukan-pasukan China menunjukkan dominasi mereka sekali lagi dalam PUBG Mobile Global Championship?

Saksikan kejuaraan dunia PMGC pada 24 November nanti!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved