Connect with us

PUBG Mobile

Super Manggis Ryzen puji meta split pasukan China di PEC 2020

Published

on

Ryzen (gambar) menyifatkan bahawa meta split (berpecah) yang dilakukan oleh pemain-pemain China agak luar biasa. - Foto: Instagram / Bigetron Esports

PEMAIN terbaik PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA Finals) Musim Kedua 2020, Muhammad Albi (Ryzen) memuji meta (strategi) yang dipraktikkan oleh pasukan-pasukan China dalam kejohanan PeaceKeeper Elite Championship (PEC) 2020 baru-baru ini.

Ryzen yang memegang posisi sebagai rusher dalam pasukannya Bigetron Red Aliens (Bigetron RA), menyifatkan bahawa meta split (berpecah) yang dilakukan oleh pemain-pemain China agak luar biasa.

Dalam satu posting melalui laman Instagram rasmi, Ryzen menyifatkan meta split pasukan China sebagai suatu yang patut dipelajari.

“Saya cuma mahu menyatakan bahawa meta split mereka (pasukan China) memang luar biasa dan wajib dipelajari.

“Meta split ini memerlukan kemahiran individu yang tinggi di samping kemahiran survival hidup yang baik,” jelas Ryzen.

Ryzen yang tidak lagi asing dalam pentas kompetitif PUBG Mobile, pernah menjadi juara dunia sebanyak dua kali selepas menjuarai kejohanan PMCO Musim Luruh dan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Foto: Instagram/ BTR_Ryzen

Dalam kejohanan PeaceKeeper Elite Championship, pasukan-pasukan China yang mendominasi carta keseluruhan dilihat melakukan meta split yang amat ketara.

“Meta Split” adalah strategi yang digunakan oleh sesebuah pasukan untuk mengawal atau menguasai sesuatu kawasan taklukan yang lebih besar di dalam zon selamat agar mempunyai jalur penukaran posisi yang lebih fleksibel ke dalam zon seterusnya.

Apabila berada di kawasan tengah zon selamat, pasukan-pasukan seperti 4AM, ELG, RNG dan Nova XQF dilihat mengawal kawasan yang dikuasai dengan amat rapi dan berjaya menghalang pasukan-pasukan luar untuk melakukan apa-apa serangan.

Semestinya, penguasaan strategi ini memerlukan kemahiran individu yang sangat tinggi seperti yang dilakukan oleh pasukan 4AM dalam zon keempat bagi pusingan kelima kejohanan.

Meta “Split ” yang ditunjukkan oleh pasukan 4AM di peta Miramar
Foto: VSPN

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, purata jarak antara setiap pemain 4AM ketika melakukan meta split di Miramar kira-kira lebih 300 meter, di mana jarak terbesar antara pemain mereka Li He (Xinhe) dan Feng Shujie (Suk) menjangkau lebih daripada 734 meter.

Selain 4AM, Nova XQF dan ELG turut mempamerkan penggunaan meta split ketika mengawal kawasan Power Grid yang berada di kawasan tengah zon selamat.

Keputusan ELG dan Nova untuk melakukan strategi ini ternyata menguntungkan kedua-dua pasukan tersebut apabila berjaya menamatkan pusingan Miramar di kedudukan dua teratas.

Meta “Split” pasukan ELG dan Nova XQF
Foto: VSPN

Meta split yang diperkenalkan oleh pasukan-pasukan China tentunya akan memberikan impak besar terhadap ketetapan koordinasi pasukan dalam kejohanan PUBG Mobile Global Championship (PMGC) nanti.

Bagaimanakah pasukan-pasukan luar mengadaptasi dan mencetuskan idea untuk meneutralkan meta ini?

Saksikan kejohanan PMGC yang akan berlangsung 24 November nanti!

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved